Kawasan Perumahan Terbaru Di Dengkil Yang Mengujakan

20 May 2020 | Pelbagai

Sekiranya anda sedang mencari kawasan perumahan bandar berdekatan dengan Dengkil, Selangor, KITA @ Cybersouth adalah jawapannya.

Berikut adalah beberapa sebab kenapa anda perlu memiliki  rumah di sini:

Sebab #1: Harga Yang Berpatutan

dengkil

Mungkin sukar nak mendapatkan rumah yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.

Namun dengan pangsapuri perkhidmatan KITA Impian yang bermula dengan harga RM250,000, anda pasti mampu memilikinya. Ianya rumah mampu milik yang berkeluasan 551 kaki persegi.

Sekiranya anda mencari rumah teres, Rumah KITA Bayu dan KITA Harmoni adalah sesuai untuk anda. Harga rumah-rumah ini bermula pada RM550,000.

 

Sebab #2: Kawasan Bandar Yang Tenang Dengan Rimbunan Pokok Hijau

dengkil

Kesibukan hidup dan hiruk pikuk bandar boleh mendatangkan kesan terhadap kesihatan seperti stres. Tekanan kerja menyebabkan ramai penduduk bandar kurang senang dengan kehidupan mereka sekarang.

Pada waktu inilah anda akan terkenang kawasan kampung yang yang tenang dan penuh dengan kehijauan. Kajian daripada Universiti Georgia, Amerika Syarikat (2004) menyatakan bahawa warna hijau mampu mengurangkan tekanan. Suasana dan kedamaian alam flora juga mampu menenangkan fikiran.

Sekiranya anda menginginkan kawasan perumahan yang hijau dan mendamaikan, KITA @ Cybersouth diliputi kawasan rimbunan pokok hijau di dalam kawasan bandar.

Anda akan dapat melihat rimbunan kehijauan di sekeliling anda. Dengarkan alunan bunyi suasana alam yang menenangkan. Anda pasti tidak menyangka bahawa  anda sebenarnya berada di KITA @ Cybersouth!

 

Sebab #3: Rangkaian Kemudahan Yang Pelbagai

dengkil

Sekiranya anda inginkan kawasan perumahan yang lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas yang anda perlukan, KITA @ Cybersouth di Dengkil ada semuanya.

Di sini, mudah bagi anda mendapatkan keperluan harian kerana terdapat pasaraya dan pusat membeli belah. Kemudahan seperti sekolah dan hospital juga berhampiran dengan rumah anda.

Di antara pusat membeli belah yang anda boleh kunjungi adalah IOI City Mall, AEON Big dan Alamanda Putrajaya yang jaraknya di antara 14 ke 18 km sehala.

Selain itu, terdapat beberapa buah sekolah serta pusat pengajian tinggi yang berdekatan di sini seperti, Sekolah Kebangsaan Dengkil, Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya, Heriot-Watt University Malaysia, Limkokwing University, dan Xiamen University.

 

Sebab #4: Kediaman Dengan Ciri-Ciri Keselamatan Yang Sistematik

Apa yang istimewanya rumah-rumah di KITA @ Cybersouth adalah faktor keselamatan yang sistematik dengan kawasan berpagar dan berpengawal. Ini menjamin ketenangan dan ketenteraman keluarga anda sepanjang masa.

 

Sebab #5: Aliran Trafik Mudah Ke Lebuhraya Utama

dengkil

Laluan ke KITA @ Cybersouth adalah berdekatan dengan jalanraya-jalanraya berikut :

  • Lebuhraya Putrajaya – Cyberjaya melalui Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite),
  • Lebuhraya Maju (MEX),
  • Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE),
  • Lebuhraya Utara-Selatan (NKVE),
  • Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP),
  • Jalan Dengkil – Banting.

 

Ini memudahkan laluan anda untuk masuk ke jalan-jalan utama seperti Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ia juga adalah sesuai bagi anda yang bekerja di bandar-bandar utama dan sedang bercadang untuk membeli rumah.

Rumah KITA @ Cybersouth

Ia adalah kawasan perumahan yang dibina di kawasan seluas 256.17 hektar di atas tanah rizab Melayu.

Bertemakan gaya hidup keluarga moden dan kehidupan masyarakat dalam harga mampu milik.

Terdapat tiga jenis residensi yang ditawarkan iaitu KITA Harmoni (rumah teres dua tingkat), KITA Bayu (rumah bandar) dan KITA Impian (pangsapuri perkhidmatan).

KITA Bayu

Sesuai untuk anda yang berkeluarga atau baru berkeinginan membina keluarga, anda boleh lihat dua rumah teres ini. Selain itu, terdapat juga pilihan untuk anda  duduk di rumah bandar.

 

rumah impianrumah impian
Rumah teres 2 tingkat Rumah bandar 
Harga dari RM550,000 Harga dari RM409,900
20’ x 60’ 20’ x 75’
1447 kaki persegi

Tingkat bawah : 1,346 kaki persegi

Tingkat atas : 1,483 kaki persegi

4 bilik tidur, 3 bilik air 3 bilik tidur, 2 bilik air

 

KITA  Harmoni

rumah impian

● Rumah teres 2 tingkat

● Harga dari RM570,000
● 20’ x 65’
● 1491 kaki persegi
● 4 bilik tidur, 3 bilik air

Kalau anda inginkan rumah teres yang lebih luas, KITA Harmoni sesuai bagi mereka yang mahukan terbaik diri mahupun keluarga anda.

 

KITA Impian

Anda lebih meminati  rumah jenis apartmen atau pangsapuri perkhidmatan untuk lebih privasi? Anda boleh pilih KITA Impian. Terdapat dua pilihan untuk anda. Kedua-duanya adalah harga mampu milik.

rumah impianrumah impian
● Pangsapuri perkhidmatan● Pangsapuri perkhidmatan

● Harga dari RM338,800

● 901 kaki persegi

● Harga dari RM250,000

● 551 kaki persegi

 

 

Miliki rumah idaman untuk keluarga anda hanya di KITA @ Cybersouth.

 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi atau daftarkan permohonan anda melalui pautan ini.