Perumahan Tanah Rizab Melayu KITA @ Cybersouth

Lihat Status Pembangunan

Pengenalan

Dipenuhi dengan ciri-ciri yang sesuai untuk setiap keluarga sama ada yang kecil mahupun besar, perumahan di KITA Cybersouth sudah semestinya dapat menjadi pilihan ideal untuk anda. Terletak di kawasan dengan kejiranan yang harmoni, serba lengkap dengan kemudahan, dan berada di lokasi strategik, rebut peluang untuk mendiami kediaman yang terletak di Tanah Rizab Melayu ini sekarang.

Anda nak rumah yang selesa untuk keluarga anda yang sedang berkembang? Ataupun anda mahu pangsapuri yang boleh didiami bersama pasangan untuk memulakan keluarga baru? Semuanya ada dengan projek perumahan KITA dari LBS Cybersouth. Ketahui dengan lebih lanjut lagi tentang perumahan KITA ini sebelum anda membuat pilihan dalam memiliki rumah idaman anda sekarang.


Tentang Tanah Rizab Melayu

Secara ringkasnya, Tanah Rizab Melayu merupakan status yang diisytihar kepada tanah-tanah dengan ciri-ciri yang tertentu di beberapa negeri di Malaysia. Tujuan status Tanah Rizab Melayu ini adalah untuk melindungi tanah dengan status tersebut daripada dilupuskan kepada orang bukan bukan Melayu, serta menyekat sebarang urus niaga oleh orang bukan Melayu di atas tanah tersebut. Dengan asal usul dan sejarah yang kompleks, anda akan temui sesetengah tanah di negara kita ini dengan status Tanah Rizab Melayu.

Oleh itu, tanah dengan status rizab Melayu ini sememangnya untuk warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu sahaja. Ada pelbagai ciri tertentu untuk satu tanah itu layak berstatus rizab Melayu, bergantung kepada Enakmen Rizab Melayu setiap negeri. Status ini juga boleh dibatalkan oleh Kerajaan Negeri dengan perkenan Sultan atau Raja-Raja negeri masing-masing.


Perumahan Tanah Rizab Melayu Ideal di KITA @ Cybersouth

KITA @ Cybersouth adalah satu kawasan pembangunan perumahan yang mempunyai keluasan 633 ekar dengan kawasan berstatus Tanah Rizab Melayu. Kawasan perumahan ini adalah sepenuhnya berpagar dan berpengawal. Ia juga tidak jauh dari keriuhan bandar walaupun terletak di koridor selatan Lembah Klang di antara Cyberjaya dan Putrajaya.

KITA @ Cybersouth menawarkan pelbagai jenis kediaman dengan pilihan berkualiti untuk anda dan keluarga. Bagi mereka yang sedang mencari rumah tanah di kawasan Tanah Rizab Melayu, LBS Bina Group menawarkan KITA @ Cybersouth projek seperti KITA Mekar & KITA Mesra yang mengandungi rumah teres 2 tingkat dan rumah berbandar yang mampu memenuhi keperluan keluarga anda.

Bagi keluarga baru yang kecil, KITA @ Cybersouth juga mempunyai projek perumahan Tanah Rizab Melayu yang sesuai, seperti projek pangsapuri perkhidmatan kami. Rumah Pangsapuri Perkhidmatan KITA Impian yang sudah siap di bina ialah pilihan ekonomi terbaik untuk mereka yang memilih untuk menetap di bangunan tinggi berbanding kediaman di atas tanah. Selain itu, projek KITA Ria yang habis ditempah juga merupakan pilihan hangat buat keluarga kecil yang baru. Projek perumahan Pangsapuri KITA Sejati kini menanti anda, tersedia dalam dua jenis rumah yang berkeluasan di antara 602 hingga 850 kaki persegi. Lengkap dengan pelbagai kemudahan termasuk kolam renang, projek perumahan KITA @ Cybersouth ini pastinya diimpikan oleh kebanyakan keluarga muda.

Di KITA @ Cybersouth, kami dapat memenuhi segala ciri kediaman impian anda. Terokai katalog projek perumahan kami sekarang bagi memastikan anda memilih rumah idaman yang terbaik untuk didiami sekarang.


Rumah Tanah Rizab Melayu Idaman Anda di KITA @ CyberSouth

Lihat rumah contoh KITA @ Cybersouth sekarang untuk ketahui ciri-ciri rumah Tanah Rizab Melayu idaman anda yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Keindahan rekreasi kini milik anda di KITA dengan laman komuniti, taman permainan, gelanggang badminton dan banyak lagi. Dengan kawasan yang cukup strategik, pilihlah kediaman anda di KITA @ Cybersouth dan kunjungi lokasi kami yang terletak di koridor Lembah Klang berhampiran Putrajaya dan Cyberjaya. Bukan itu saja, kawasan komersial dan hebat seperti pusat beli-belah D’Pulze, Aeon, dan Alamanda Putrajaya juga terletak di lingkungan akses anda.

Jangan lepaskan peluang untuk memiliki rumah idaman anda sekarang. Dapatkan pelan lantai, risalah promosi, dan status pemaju projek perumahan ini sekarang. Kunjungi rumah contoh secara maya yang realistik sekarang di laman web KITA @ Cybersouth.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi kami di https://www.lbscybersouth.com.my/kita-projek/

X

Menu

Carian

X
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram