Rumah Teres Satu Tingkat

Habis Dijual

Dalam Pembangunan

4 Bilik Tidur

2 Bilik Air

2 Lot Parkir

Keluasan Tapak

20' x 70'

Harga bermula dari

RM509,000

LOKASI

Dengkil, Selangor

100%

Tanah Rizab Melayu

KE PUTRAJAYA

2.5 km

KE KLIA / KLIA 2

22.5 km

SAYA NAK!

Rumah Teres Setingkat

Lakaran Artis
Pilihan Utama Keluarga Muda

Semekar namanya, KITA Bestari Rumah Teres Setingkat ini direka dengan ruang dan keluasan yang optimum untuk kegunaan harian keluarga muda. Pastinya akan memberi kepuasan kepada sesiapa yang memilikinya.

Ruang Dalaman
Keperluan Semua Dipenuhi Sentiasa

Rekaan dalaman KITA Bestari Rumah Teres Setingkat ini memfokuskan kepada keperluan setiap ahli keluarga, tidak mengira peringkat umur. Daripada si ayah, ibu hinggalah ke anak kecil, pasti memenuhi keperluan semua.

Lihat Galeri

Spesifikasi

Spesifikasi Bangunan (Lot Tepi / Lot Hujung / Lot Tengah)

Struktur Konkrit Bertetulang
Dinding Dinding Konkrit Bertetulang / Dinding Batu Bata / Dinding ‘Masonry’
Bumbung Jubin Gentian Konkrit / Dek Logam
Siling Plaster / Lapisan Skim / Kepingan Simen
Tingkap Tingkap Kaca Berbingkai Aluminium
Pintu Pintu Papan Rata / Pintu Gelongsor Berbingkai Aluminium (Untuk Lot Tepi Sahaja)
Kunci Set Kunci Berkualiti
Pagar Pagar Batu Bata / Pagar Galvanis

Kemasan Lantai

Anjung Kereta Cetakan Konkrit
Ruang Tamu / Ruang Makan Jubin Seramik
Dapur Jubin Seramik
Semua Bilik Air Jubin Seramik
Semua Bilik Tidur Jubin Seramik
Laman Lepaan Simen
Lain-lain Lepaan Simen

Kemasan Dinding

LuaranCat Perlindungan Cuaca
DalamanCat Emulsi
DapurJubin Dinding Berketinggian 1500mm
Semua Bilik AirJubin Dinding Berketinggian Siling

Kelengkapan Sanitari

Tandas Duduk2 Unit
Basin Basuh Tangan2 Unit
Pancuran Mandi2 Unit
Tap Basin2 Unit
Pili Air3 Unit
Sinki Dapur1 Unit

Kelengkapan Elektrik

Kotak DB1 Unit
Mata Lampu12 Unit
Mata Penghawa
Dingin
2 Unit
Mata Palam8 Unit
Mata Kipas Siling5 Unit
Mata TV1 Unit
‘FWS’1 Unit
Mata Pemanas Air1 Unit

PELAN LANTAI

  • Rumah Teres Setingkat (20′ X 70′)

    KELUASAN BINAAN KASAR: 1,094 KAKI PERSEGI

Kemudahan

Mengimbau ke masa silam dengan nostalgia permainan kanak-kanak suatu ketika dulu.Dengan elemen budaya Melayu yang diterapkan di setiap fasiliti dan kemudahan, KITA Bestari menawarkan aktiviti riadah dan santai yang sesuai untuk semua lapisan usia di dalam kawasan kejiranan yang dikelilingi rimbunan flora dan fauna serta dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang khusus.
*Lakaran Artis
Kunjungi Galeri Jualan Kami

Senarai Kemudahan di KITA Bestari

  • Pondok Pengawal 
  • Pusat Komuniti 
  • Parkir Pelawat (Dewan Komuniti)
  • Kawasan Laman Terbuka 
  • Plaza Pentas 
  • Laluan Joging 
  • Laluan Basikal 
  • Taman Permainan Kanak-Kanak 
  • Gelanggang Serbaguna 
  • Gelanggang Takraw
  • Stesen Senaman 
  • Laluan Reflexologi 
  • Pondok Barbeku Rimba 
  • Laman Berbukit 
  • Plaza Irama 
  • Laman Riadah 
  • Laluan Beralun 
  • Ruang Senaman 
  • Laman Debunga 
  • Ruang Barbeku 
  • Lorong Hijau 
  • Ruang Istirehat



RUMAH TERES SETINGKAT IDAMAN RAMAI

Ramai memilih rumah teres setingkat atas faktor kemudahan dan keselesaan. Dengan mempunyai satu aras, ia lebih mudah diurus. Selain itu, ia juga lebih sesuai untuk warga emas dan orang kurang upaya. Rumah teres setingkat juga memudakan interaksi antara penghuni di dalam rumah tersebut yang boleh meningkat hubungan di antara mereka. KITA Bestari dapat memenuhi semua kriteria tersebut menyebabkan ia menjadi rumah idaman ramai.

RUMAH TERES SETINGKAT YANG SESUAI UNTUK ANDA SEKELUARGA

Lokasi strategik KITA @ Cybersouth merupakan salah satu sebab mengapa KITA Bestari adalah perumahan yang tepat untuk anda dan keluarga. Terletak di kawasan Dengkil, kawasan perumahan ini berdekatan dengan Putrajaya dan Cyberjaya yang memberikan anda akses kepada pelbagai kemudahan seperti hospital, sekolah, pejabat urusan kerajaan dan lain-lain. KITA @ Cybersouth juga berdekatan dengan hab transportasi penting, Putrajaya Sentral yang menjadi hab utama untuk Ekspress Rail Link, ERL dan bas. Ia juga merupakan rumah mampu milik yang terletak di lokasi strategik yang menghubungkan anda ke rangkaian lebuh raya utama seperti ELITE, MEX dan LDP. Bagi mereka yang berkerja di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya, Petaling Jaya atau lembah Klang pastinya ini akan memudahkan anda untuk ke tempat kerja.

Selain itu, rumah teres setingkat KITA Bestari juga dilengkapi dengan fasiliti yang mampu untuk menjaringkan hubungan komuniti yang utuh seperti laman permainan, gelanggang badminton, ruang perkelahan dan lain-lain. Aktiviti-aktiviti yang mampu terjalin daripada fasiliti ini pasti memberikan impak positif untuk komuniti rumah teres KITA Bestari.

Ukir Kenangan Bersama KITA

Kenangan dan memori yang bakal tercipta di sini akan membuatkan setiap komuniti di KITA Bestari terus akrab dan bahagia bersama seisi keluarga. Kemudahan fasiliti serta akses ke jaringan lebuh raya utama boleh membuatkan aktiviti harian anda lebih mudah dan lebih masa berkualiti dapat diluangkan bersama tersayang.

APA KATA MEREKA?

Penafian: Reviu diambil dari senarai Google Maps KITA @ Cybersouth dan bukan rekaan.

Kunjungi Galeri Jualan KITA @ Cybersouth

KITA @ Cybersouth Sales Gallery,
Cybersouth,
43800 Dengkil, Selangor
Kunjungi Galeri Jualan Kami

Lihat Projek Lain Di 

Atau Lihat Semua Projek KITA
X

Menu

Carian

X
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram