Kediaman Moden dan Selesa di KITA Impian Cybersouth

June 17, 2020

KITA Impian Cybersouth adalah projek perumahan berpagar dan berpengawal klterbaharu di koridor selatan Lembah Klang.

Ketahui lebih lanjut tentang keunikan kediaman ini sebagai satu rumah yang berpakej lengkap untuk anda.

Terdapat dua jenis pangsapuri yang ditawarkan.

Pangsapuri perkhidmatan jenis A berkeluasan 901 kaki persegi manakala pangsapuri jenis B mempunyai keluasan 551 kaki. 

Fasiliti Lengkap Untuk Komuniti

Jika anda duduk di pangsapuri, anda mesti menjangkakan fasiliti yang terbaik bukan?

KITA Impian menyediakan fasiliti-fasiliti yang lengkap dan sentiasa komited untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk anda.

Terdapat banyak kelengkapan yang anda boleh nikmati dengan menjadi penghuni di sini, antaranya:

  • Gelanggang futsal
  • Gelanggang takraw
  • Laman permainan bersepadu
  • Laman kecergasan
  • Laman rehat
  • Dek senaman
  • Kolam renang dewasa
  • Kolam renang kanak-kanak
  • Laman barbeku
  • Bilik permainan
  • Tandas
  • Dewan Serbaguna
  • Gimnasium
  • Dek kolam

Fasiliti-fasiliti  ini ditawarkan kepada penghuni di sini.

Banyak aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan secara berseorangan dan juga berkumpulan.

Rekabentuk Moden

Jika anda ingin suasana rumah yang moden, inilah kediaman yang sesuai.

Hal ini kerana rekabentuk rumah ini moden dan mampu menepati citarasa anda.

Anda boleh rujuk video di bawah. Video ini menunjukkan reka bentuknya yang moden dan luas.

Dengan menggunakan kreativiti, anda juga boleh mengubahsuai rumah anda dengan cantik.

kita impian cybersouth

Klik Sini Untuk Melihat Video

Tidak ketinggalan juga fasiliti-fasiliti yang ditawarkan amat berkualiti dan praktikal.

kita impian cybersouth

JENIS A

Pangsapuri Perkhidmatan Jenis A ini mempunyai keluasan sebanyak 901 kaki persegi. 

kita impian cybersouth

JENIS B

Pangsapuri Perkhidmatan Jenis B ini mempunyai keluasan sebanyak 551 kaki persegi.

kita impian cybersouth

Akses Yang Sesuai Untuk Kehidupan Berkeluarga

Kediaman ini juga sesuai untuk anda yang berkeluarga kerana lokasinya yang strategik. 

  • Lebuhraya Putrajaya-Cyberjaya Melalui Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE),
  • Lebuhraya MAJU (MEX),
  • Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE),
  • Lebuhraya Utara-Selatan (NSE),
  • Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP),
  • Jalan Dengkil-Banting

Anda tidak perlu risau kerana ada akses yang mudah ke jalan utama, pusat membeli belah, universiti, sekolah dan kemudahan lain-lain.

  • 1.4 km ke UITM Dengkil Campus
  • 5 km ke Heriot-Watt University Malaysia
  • 6.3 km ke D'Pulze Shopping Centre
  • 6.9 km ke SMK Dengkil
  • 7.1 km ke SK Dengkil
  • 7.5 km ke Multimedia University
  • 8.6 km ke Hospital Putrajaya
  • 13.5 km ke Bukit Unggul Country Club
  • 14.3 km ke AEON Big
  • 14.6 km ke Alamanda Shopping Centre
  • 18 km ke IOI City Mall
  • 22 km ke Mitsui Outlet Park
  • 25 km ke KLIA

Jumlah keseluruhan unit rumah jenis ini adalah sebanyak 964 unit.

Secara kesimpulannya, ini merupakan kediaman yang ideal jika anda mahukan lebih privasi.

Fasiliti-fasiliti yang ada juga lengkap dan berada dalam keadaan yang optimal.

Terdapat dua pilihan yang anda boleh pertimbangkan iaitu jenis A yang bermula dengan harga RM338,800 dan jenis B yang bermula dengan harga RM250,000. 


KITA @ Cybersouth terletak di tanah rizab Melayu seluas kira-kira 633 ekar.

Pembangunan tersebut merangkumi rumah teres, rumah bandar, pangsapuri perkhidmatan, kedai, lot komersial, dan lain-lain. 

Projek ini terletak secara strategik di Dengkil, koridor Selatan Lembah Klang.

Oleh kerana berdekatan dengan Putrajaya dan Cyberjaya, semua kemudahan awam sangat mudah diakses.

Balai polis, bomba, hospital dan pusat pengangkutan boleh didapati dengan mudah di kedua-dua bandar berdekatan ini.

KITA @ Cybersouth juga menawarkan kediaman jenis rumah teres bertingkat dan juga rumah bandar.

KITA Harmoni

kita impian cybersouth

Rumah ini sesuai untuk anda jika anda mencari rumah yang teres yang luas.

Tempat ini juga sesuai untuk keluarga yang besar dengan berkeluasan binaan kasar rumah ini adalah 1,491 kaki persegi.

Rumah ini juga mempunyai reka bentuk moden kontemporari dan keluasan ruang bagi hiasan dalaman yang kreatif.

Satu unit rumah ini bermula dengan harga RM570,000.

KITA Bayu

kita impian cybersouth

Ini pula merupakan rumah bandar (townhouse) yang mempunyai keluasan binaan kasar 1,346 kaki persegi (tingkat bawah) dan 1,483 kaki persegi (tingkat atas).

Rumah jenis ini mempunyai ruang yang luas dengan konsep dalaman yang terbuka.

Dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi harga kediaman jenis ini bermula dengan RM409,900.

KITA Bayu juga ada menawarkan rumah teres dua tingkat yang bermula dengan harga RM550,000.

Jenis residensi rumah teres KITA Bayu mempunyai keluasan 1,447 kaki persegi dengan 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi.

Jika anda mencari kediaman yang selesa, persekitaran  yang tenang dan keselamatan, anda berada di tempat yang betul.

KITA @ Cybersouth menawarkan pelbagai jenis kediaman yang boleh menepati citarasa anda dengan harga yang sangat berpatutan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi. 

This is a block of text. Double-click this text to edit it.
X

Menu

Carian

X
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram