15 Tips Beli Rumah Pertama Yang Wajib Anda Tahu

BELI RUMAH PERTAMA: INI 15 TIPS YANG WAJIB ANDA TAHU

Anda ingin beli rumah pertama dalam tempoh masa terdekat?

Setiap orang yang merancang untuk membeli rumah buat kali pertama pasti mempunyai seribu satu persoalan yang timbul di minda mereka. Dengan komitmen lain yang anda harus berikan perhatian, semestinya anda mahu yang terbaik untuk rumah anda. 

Sebelum anda membeli rumah, pasti pelbagai pertanyaan timbul di minda anda.

Di sini kami kongsikan kepada anda tips beli rumah untuk memudahkan anda memiliki rumah pertama anda.

beli rumah pertama

 

 

1. Kaji Hartanah di Malaysia

tips beli rumah

 

Antara tips beli rumah pertama yang penting adalah anda harus membuat sedikit kajian tentang hartanah di Malaysia. Anda perlu mengkaji perbezaan jenis rumah dan pinjaman bank serta kadar faedah pinjaman yang ditawarkan.

Selain itu, anda perlu menyelidik rekod pemaju hartanah untuk mengelakkan rumah anda menjadi projek terbengkalai.

 

2. Rumah Ideal Yang Padan Dengan Pendapatan

Salah satu tips beli rumah lain yang penting juga adalah anda perlu mencari rumah yang sesuai dengan keadaan kewangan anda. Individu yang ingin membeli rumah dinasihatkan untuk tidak memperuntukkan ansuran pinjaman bulanan rumah lebih dari satu pertiga dari pendapatan isi rumah.

Sebagai contoh, jika gabungan pendapatan anda dan pasangan bersamaan RM6,000, maka pembayaran rumah tidak digalakkan lebih dari RM2,000.

 

3. Jadikan Rumah Pertama Sebagai Rumah Pelaburan

Ini juga merupakan salah satu tips beli rumah pertama yang ramai sering terlepas pandang. Anda boleh menjadikan rumah pertama yang dibeli sebagai rumah pelaburan. Dengan menjadikan ia rumah sewa, anda boleh menjana duit poket tambahan setiap bulan.

Jika anda sudah berkeluarga dan keperluan rumah lebih penting, mungkin anda perlu mencari rumah kedua pula sebagai rumah pelaburan.

4. Ada Pendapatan Tetap

beli rumah pertama

Memiliki pendapatan yang tetap penting untuk beli rumah pertama, lebih-lebih lagi apabila rekod kewangan anda belum dikira cukup matang pada mata pihak bank.

Ini merupakan tips beli rumah yang amat mustahak kerana pendapatan tetap akan memudahkan anda untuk membuat pembayaran balik pinjaman perumahan. Selain itu, caruman KWSP daripada gaji anda dapat digunakan untuk membuat permohonan rumah nanti.

 

5. Jangan Terpedaya dengan ‘Cash Rebate’

Istilah ‘cash rebate’ sememangnya mengujakan bagi kebanyakan orang.

Usah mudah percaya kerana kesemua kos berkenaan sudah termasuk di dalam harga rumah. Lakukan sedikit kaji selidik terlebih dahulu.

6. Buat Kerja Sambilan

Memperoleh pendapatan sambilan juga merupakan salah satu tips beli rumah pertama yang amat berguna untuk anda. Kalau anda mendapat duit nafkah dari suami (contohnya) atau ada perniagaan kecil-kecilan, pastikan ada transaksi teratur melalui akaun bank, atau pastikan anda mempunyai bukti rekod cukai.

7. Akaun Kedua KWSP

 

tips beli rumah

Terdapat sebilangan dari kita yang mungkin mengambil masa yang agak lama bagi mengumpul wang untuk membeli rumah.

Salah satu tips beli rumah yang anda boleh cuba untuk mendapat pembiayaan rumah ialah melalui pengeluaran sejumlah wang daripada akaun kedua KWSP untuk membeli rumah.

Kaedah ini terbuka untuk anda yang ingin beli rumah pertama, ataupun telah mempunyai rumah pertama tetapi ingin membeli rumah kedua dengan syarat rumah pertama anda telah dijual atau dilupus milik.

 

8. Periksa Status CCRIS Dan CTOS

 

Periksa status kredit anda di Sistem Maklumat Rujukan Kredit Sentral (CCRIS) atau Agensi Pelaporan Kredit (CTOS) untuk melihat tunggakan pinjaman peribadi, kad kredit, sewa beli dan status muflis.

Anda boleh periksa di sini.

9. Rumah Kecil Pun Ok!

 

Dalam banyak-banyak tips beli rumah, ini merupakan tips yang anda boleh pertimbangkan untuk memiliki rumah pertama dengan mudah: beli rumah yang kecil dahulu.

Nak beli rumah tak semestinya bermula dengan banglo yang dilengkapi dengan reka bentuk moden dan perabot mahal.

Ubah mentaliti ini. Tiada masalah  dengan membeli rumah kecil dahulu kerana harga rumah akan semakin naik.

 

10. Kesesuaian Tempat

 

Pilih rumah yang berhampiran dengan lokasi tempat kerja anda supaya masa anda, tol dan petrol boleh dijimatkan sekaligus mengurangkan masa di atas jalan raya.

 

11. Lokasi Yang Berpotensi

 

Antara tips beli rumah pertama yang amat penting adalah untuk membeli rumah di lokasi yang menjadi tumpuan, seperti di bandar atau berdekatan dengan kemudahan awam kerana ia mudah untuk dijual semula pada masa akan datang.

12. Lihat Status Tanah

 

Ketahui pegangan tanah bakal rumah anda sama ada ia freehold atau leasehold.

 

13. Harga Di Bawah Kelayakan Maksimum Pinjaman

 

Walaupun anda mungkin layak membeli sehingga RM300,000, lebih baik untuk mencari rumah dalam lingkungan harga RM250,000 supaya mudah mendapat kelulusan bank kerana ia berkait rapat dengan Debt Service Ratio (DSR).

14. Kos Ekstra Hartanah Strata

beli rumah pertama

 

Jika membeli rumah seperti apartmen atau kondominium, anda perlu bersiap sedia dengan kos insurans dan kos selenggara kemudahan dan bangunan. Semak kos tersebut sebelum membuat keputusan, lebih-lebih lagi untuk beli rumah pertama!

15. Baca, Teliti, Fahami

 

Akhir sekali, tips beli rumah yang paling penting adalah anda harus peka dalam meneliti semua dokumen jual-beli rumah yang berkaitan. Pastikan anda baca semua surat tawaran dan dokumen perjanjian jual-beli rumah. Jika sesuatu terjadi, tandatangan anda pada dokumen itu akan terpakai.

Sememangnya urusan membeli rumah pertama bukanlah mudah kerana banyak perkara yang perlu diambil kira.

Jadi, bagaimana patut anda mula?

 

Sedia Untuk beli Rumah Pertama? Terokai Rumah Impian KITA @ Cybersouth

tips beli rumah

 

Setiap orang pasti mengimpikan rumah yang berkualiti dan selesa dengan suasana yang tenang dan mendamaikan buat seisi keluarga.

Pelbagai perkara perlu diambil kira untuk membeli rumah. Salah satunya adalah lokasi.

Sekiranya anda sedang mencari kawasan perumahan di sekitar Cyberjaya dan Dengkil, Selangor, KITA @ Cybersouth adalah jawapannya!

Ianya terletak di koridor selatan Lembah Klang di antara Putrajaya dan Cyberjaya.

KITA @ Cybersouth adalah kawasan perumahan di atas tanah rizab Melayu dengan keluasan 633 ekar. 

Kawasan perumahan ini boleh diakses melalui beberapa lebuhraya utama seperti:

  • Lebuhraya Putrajaya – Cyberjaya melalui Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), 
  • Lebuhraya Maju (MEX)
  • Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
  • Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE)
  • Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
  • Jalan Dengkil-Banting

KITA @ Cybersouth juga terletak berhampiran dengan beberapa pusat membeli-belah utama seperti D’Pulze, Aeon Big Putrajaya dan Alamanda Putrajaya.

 

beli rumah pertama

 

Terdapat tiga jenis residensi yang ditawarkan iaitu KITA Harmoni (rumah teres dua tingkat), KITA Bayu (rumah bandar) dan KITA Impian (pangsapuri perkhidmatan).

Apa tunggu lagi? Miliki rumah idaman untuk keluarga anda hanya di KITA @ Cybersouth!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi atau daftarkan permohonan anda melalui pautan ini.

Berikutan penularan wabak COVID-19 yang semakin serius, Kerajaan Malaysia telah mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan kepada seluruh rakyat Malaysia daripada 18 Mac hingga 31 Mac 2020. 

Perintah 2 minggu ini mewajibkan kita untuk berada di rumah sepanjang masa untuk menurunkan jumlah kes wabak COVID-19.

Walau bagaimanapun, kita masih dibenarkan keluar rumah untuk urusan-urusan penting seperti membeli makanan dan kelengkapan dapur, mendapatkan rawatan hospital serta menghubungi pihak berkuasa.

Sekiranya anda adalah residen KITA @ Cybersouth, terdapat beberapa kemudahan yang anda boleh dapati di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini:

1) Restoran Makanan Segera

  • KFC Dengkil - 5 km
  • McDonald Cyberjaya - 8 km
  • Burger King - 7 km
  • A&W Cyberjaya - 7 km

2) Kedai Serbaneka

  • 7-Eleven Cyberjaya - 8.5 km
  • KK Super Mart Cyberjaya - 8.7 km
  • Family Mart D’ Pulze Shopping Mall - 8.5 km 
  • 99 Speedmart, Dengkil - 5 km
  • My One Shop, Dengkil - 5 km

3) Pihak Berkuasa

  • Balai Bomba Cyberjaya - 6.8 km
  • Balai Polis Dengkil – 5.7 km

4) Hospital 

  • Hospital Putrajaya - 10.7 km

5) Pasaraya 

  • AEON Big Putrajaya - 16 km
  • Jaya Grocer D’ Pulze - 8.7 km
  • Pasar Dengkil - 7.5 km

6) Perkhidmatan Perbankan

  • Maybank Cyberjaya - 7.6 km
  • CIMB Bank Cyberjaya - 8 km
  • BSN, Dengkil - 5 km

Semoga anda mematuhi kawalan ini, berada di rumah dan menjaga kesihatan diri setiap masa.

Mesej ikhlas daripada warga kerja LBS Cybersouth.

1. PENGENALAN
LBS Bina Group Berhad, termasuk anak syarikat dan gabungannya (“Laman Web” atau “Pemilik Laman Web” atau “kami” atau “kami” atau “kami”) memberikan maklumat yang terdapat di laman web ini atau salah satu halaman yang terdiri dari laman web (“laman web”) kepada pelawat (“pelawat”) (disebut secara kumulatif sebagai “anda” atau “anda” selepas ini) tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan dalam terma dan syarat laman web ini, dasar privasi dan apa-apa terma dan syarat, dasar dan pemberitahuan lain yang mungkin berlaku untuk bahagian atau modul tertentu di laman web ini.

2. MAKLUMAT DI LAMAN WEB
Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk mengemas kini maklumat yang terkandung dalam laman web ini, Pemilik Laman Web mahupun mana-mana pihak ketiga atau penyedia data atau kandungan tidak membuat sebarang pernyataan atau jaminan, sama ada secara nyata, tersirat di sisi undang-undang atau selebihnya, berhubung urutan, ketepatan, kelengkapan atau kebolehpercayaan maklumat, pendapat, sebarang maklumat harga saham, maklumat penyelidikan, data dan/atau kandungan yang terkandung dalam laman web ini (termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang maklumat yang mungkin disediakan oleh mana-mana pihak ketiga atau penyedia data atau kandungan) (“maklumat”) dan tidak akan terikat dalam apa-apa cara oleh sebarang maklumat yang terkandung dalam laman web ini. Pemilik Laman Web berhak pada bila-bila masa untuk menukar atau menghentikan tanpa notis, sebarang aspek atau ciri laman web ini. Tiada maklumat boleh dianggap sebagai nasihat dan maklumat diberikan untuk tujuan maklumat semata-mata serta tidak bertujuan untuk tujuan dagangan. Anda dan syarikat anda bergantung pada maklumat yang terkandung dalam laman web ini atas risiko anda sendiri. Jika anda menemui sebarang ralat atau kekurangan di laman ini, sila maklumkan kepada kami.

3. TANDA NIAGA
Tanda niaga, nama, logo dan tanda perkhidmatan (secara kolektif “tanda niaga”) yang dipaparkan di laman web ini adalah tanda niaga berdaftar dan tidak berdaftar milik Pemilik Laman Web. Tiada apa-apa yang terkandung dalam laman web ini boleh ditafsirkan sebagai memberikan sebarang lesen atau hak untuk menggunakan mana-mana tanda niaga tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Pemilik Laman Web.

4. PAUTAN LUAR
Pautan luar mungkin disediakan untuk kemudahan anda, tetapi ia berada di luar kawalan Pemilik Laman Web dan tiada sebarang pernyataan dibuat mengenai kandungannya. Penggunaan atau kebergantungan pada sebarang pautan luar dan kandungan yang disediakan di situ adalah atas risiko anda sendiri. Apabila melawat pautan luar, anda mesti merujuk kepada terma dan syarat penggunaan laman web luar tersebut. Tiada pautan hiper teks boleh dibuat dari mana-mana laman web yang dikawal oleh anda atau sebaliknya ke laman web ini tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Pemilik Laman Web. Sila hubungi kami jika anda ingin membuat pautan ke laman web ini atau ingin meminta pautan ke laman web anda.

5. FORUM AWAM DAN PENYERAHAN PENGGUNA
Pemilik Laman Web tidak bertanggungjawab terhadap sebarang bahan yang dihantar ke kawasan awam oleh anda (termasuk papan buletin, halaman yang dihoskan, bilik sembang, atau mana-mana kawasan awam lain yang terdapat di laman web ini). Sebarang bahan (sama ada dihantar oleh anda atau pengguna lain) tidak disokong, dikaji semula atau diluluskan oleh Pemilik Laman Web. Pemilik Laman Web berhak untuk menghapuskan sebarang bahan yang dihantar atau diposkan oleh anda di kawasan awam, tanpa notis kepada anda, jika ia menyedari dan menentukan, atas budi bicara tunggal dan mutlaknya, bahawa anda atau kemungkinan anda mungkin, termasuk tetapi tidak terhad kepada –

5.1 - mencemuh, menyalahgunakan, mengganggu, mengintip, mengancam atau dengan cara lain melanggar hak pengguna lain atau mana-mana pihak ketiga;
5.2 - menerbitkan, memos, mengedarkan atau menyebarkan sebarang bahan atau maklumat yang memfitnah, lucah, tidak senonoh atau haram;
5.3 - memuat naik fail yang mengandungi virus, fail rosak atau mana-mana perisian atau program serupa yang boleh merosakkan operasi sistem komputer dan/atau rangkaian Pemilik Laman Web dan/atau pihak ketiga;
5.4 - melanggar sebarang hak cipta, tanda niaga, undang-undang Britain atau antarabangsa yang terpakai atau hak harta intelek Pemilik Laman Web atau mana-mana pihak ketiga;
5.5 - menghantar kandungan yang mengandungi bahan pemasaran atau promosi yang bertujuan untuk mendapatkan perniagaan.

6. PENGGUNAAN KHUSUS
Anda juga bersetuju untuk tidak menggunakan laman web ini untuk menghantar atau memos sebarang mesej atau bahan yang haram, mengganggu, memfitnah, menyalahgunakan, tidak senonoh, mengancam, berbahaya, kasar, lucah, bersifat seksual, menghina kaum, kesat, pornografi atau melanggar sebarang undang-undang yang terpakai, dan anda dengan ini memberi ganti rugi kepada Pemilik Laman Web terhadap sebarang kerugian, liabiliti, kerosakan atau perbelanjaan apa pun yang mungkin dialami oleh Pemilik Laman Web atau mana-mana pihak ketiga yang disebabkan oleh atau berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan penggunaan laman web ini oleh anda untuk menghantar atau memos sebarang mesej atau bahan sedemikian.

7. JAMINAN
Pemilik Laman Web tidak membuat sebarang jaminan, pernyataan, kenyataan atau jaminan (sama ada nyata, tersirat di sisi undang-undang atau selebihnya) mengenai laman web ini, maklumat yang terkandung dalam laman web, maklumat peribadi anda atau syarikat anda, atau bahan dan maklumat yang dihantar melalui sistem kami.

8. PENAFIAN LIABILITI
Pemilik Laman Web tidak bertanggungjawab dan menafikan semua liabiliti terhadap sebarang kerugian, liabiliti, kerosakan (sama ada langsung, tidak langsung atau akibat), kecederaan peribadi atau perbelanjaan apa pun yang mungkin dialami oleh anda atau mana-mana pihak ketiga (termasuk syarikat anda), akibat atau yang boleh dikaitkan, secara langsung atau tidak langsung, dengan akses dan penggunaan anda terhadap laman web ini, sebarang maklumat yang terkandung dalam laman web, maklumat peribadi anda atau syarikat anda, atau bahan dan maklumat yang dihantar melalui sistem kami. Secara khusus, Pemilik Laman Web mahupun mana-mana pihak ketiga atau penyedia data atau kandungan tidak akan bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana individu, firma atau syarikat lain untuk sebarang kerugian, liabiliti, kerosakan (sama ada langsung atau akibat), kecederaan peribadi atau perbelanjaan apa pun yang timbul daripada sebarang kelewatan, ketidaktepatan, kesilapan atau kecuaian dalam sebarang maklumat harga saham atau penghantarannya, atau daripada sebarang tindakan yang diambil berdasarkan maklumat tersebut, atau disebabkan oleh ketidakpatuhan, gangguan atau penamatan penghantaran tersebut.

9. PENGGUNAAN LAMAN WEB
Pemilik Laman Web tidak memberi sebarang jaminan atau pernyataan bahawa maklumat dalam laman web sesuai untuk digunakan di mana-mana bidang kuasa (selain Malaysia). Dengan mengakses laman web ini, anda memberi jaminan dan pernyataan kepada Pemilik Laman Web bahawa anda mempunyai hak sah untuk berbuat demikian dan menggunakan maklumat yang disediakan melalui laman web ini.

10. AM

10.1 Keseluruhan Perjanjian
Terma dan syarat laman web ini merupakan rekod tunggal bagi perjanjian antara anda dan Pemilik Laman Web berkaitan penggunaan anda terhadap laman web ini. Tiada pihak, sama ada anda atau Pemilik Laman Web, akan terikat dengan sebarang pernyataan nyata, tersirat atau implisit, jaminan, janji atau seumpamanya yang tidak direkodkan di sini. Kecuali dinyatakan secara khusus, terma dan syarat laman web ini menggantikan dan menamatkan semua komitmen, perjanjian atau pernyataan terdahulu, sama ada bertulis atau lisan, antara anda dan Pemilik Laman Web berkaitan penggunaan anda terhadap laman web ini.

10.2 Pengubahsuaian
Pemilik Laman Web boleh pada bila-bila masa mengubah mana-mana terma dan syarat, polisi atau notis yang berkaitan. Anda mengakui bahawa dengan melawat laman web ini dari semasa ke semasa, anda akan terikat dengan versi semasa terma dan syarat yang berkaitan (“versi semasa”) dan, kecuali dinyatakan dalam versi semasa, semua versi terdahulu akan digantikan oleh versi semasa. Anda bertanggungjawab untuk menyemak versi semasa setiap kali anda melawat laman web ini.

10.3 Pertindihan
Sekiranya terdapat pertindihan atau percanggahan antara peruntukan terma dan syarat laman web ini dengan mana-mana terma dan syarat, polisi atau notis lain yang berkaitan, terma dan syarat, polisi atau notis lain yang berkaitan secara khusus dengan bahagian atau modul tertentu laman web akan mengatasi bagi penggunaan anda terhadap bahagian atau modul berkenaan.

10.4 Pelepasan Hak
Tiada toleransi atau lanjutan masa yang diberikan sama ada oleh anda atau Pemilik Laman Web kepada pihak lain akan dianggap sebagai pelepasan hak atau, sama ada melalui estoppel atau sebaliknya, menghadkan sebarang hak sedia ada atau masa depan pihak yang memberi pelepasan menurut terma ini, kecuali dalam keadaan atau sejauh mana pihak yang memberi pelepasan telah menandatangani dokumen bertulis yang dengan jelas melepaskan atau menghadkan hak tersebut.

10.5 Penyerahan Hak
Pemilik Laman Web berhak untuk menyerahkan, menugaskan dan mendelegasikan semua atau sebahagian daripada hak dan tanggungjawabnya di bawah mana-mana terma dan syarat, polisi dan notis yang berkaitan kepada mana-mana pihak ketiga.

10.6 Kebolehpisahan
Semua peruntukan dalam mana-mana terma dan syarat, polisi dan notis yang berkaitan adalah, walaupun cara ia digabungkan atau disambungkan secara tatabahasa, boleh dipisahkan antara satu sama lain. Mana-mana peruntukan dalam mana-mana terma dan syarat, polisi dan notis yang berkaitan, yang tidak dapat dikuatkuasakan di mana-mana bidang kuasa, sama ada disebabkan batal, tidak sah, haram, menyalahi undang-undang atau atas sebarang sebab, hendaklah, di bidang kuasa tersebut sahaja dan sejauh mana ia tidak dapat dikuatkuasakan, dianggap sebagai pro non scripto dan peruntukan lain dalam mana-mana terma dan syarat, polisi dan notis yang berkaitan akan kekal berkuatkuasa sepenuhnya.

10.7 Undang-Undang yang Terpakai
Mana-mana terma dan syarat, polisi dan notis yang berkaitan hendaklah ditadbir dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia tanpa mengambil kira sebarang prinsip konflik undang-undang. Anda dengan ini bersetuju dengan bidang kuasa eksklusif Mahkamah Tinggi Malaysia bagi sebarang pertikaian yang timbul berkaitan laman web ini, atau mana-mana terma dan syarat, polisi dan notis yang berkaitan atau sebarang perkara yang berkaitan dengannya.

10.8 Komen atau Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, komen atau kebimbangan berkaitan laman web ini, polisi privasi atau mana-mana terma dan syarat, polisi dan notis yang berkaitan atau cara kami mengendalikan maklumat peribadi anda, sila hubungi kami.










X

Menu

Carian

X
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram