Bagaimana Nak Mengumpul Duit Untuk Membeli Rumah Impian?

20 May 2020 | Pelbagai

Setiap orang menginginkan rumah yang selesa untuk didiami. Niat sudah ada, tinggal anda perlu menyediakan wang yang secukupnya bagi memiliki rumah impian anda.

Sekiranya anda masih belum mengetahui cara untuk mengumpul wang untuk pembiayaan rumah impian, artikel di bawah menerangkan lebih lanjut tentang cara-caranya.

1. Pasang Impian

rumah impian 

“If you can dream it, you can achieve it”

Penting untuk ada impian dan matlamat. Ini supaya visi anda lebih jelas. Sama juga dengan rumah impian. Anda perlu memasang impian untuk memiliki rumah yang anda ingini bermula daripada sekarang.

Anda boleh mula menetapkan visi jelas tentang rumah yang anda impikan. 3 bilik tidur? Laman belakang yang luas? Rumah 3 tingkat pun boleh sahaja asalkan itu adalah ciri-ciri rumah yang anda inginkan.

Untuk menjadikan visi anda lebih jelas, tuliskan ciri-ciri rumah impian anda pada kertas. Lebih baik sekiranya anda tangkap gambar dan letakkan sebagai wallpaper di telefon atau di komputer anda.

Lebih jelas ciri-ciri rumah yang anda ingin beli, lebih cepat impian anda akan terlaksana. Jadikan ianya sebagai vision board yang anda lihat setiap hari. Anda akan lebih bermotivasi  untuk mendapatkan apa yang anda impikan.

2. Dapatkan Pekerjaan Sepenuh Masa

rumah impian

Untuk mencapai impian anda, anda perlu berada di dalam keadaan bersedia untuk keluar dari survival mode. Survival mode adalah apabila anda hanya ada duit untuk perbelanjaan seharian untuk setiap bulan. Jadi untuk keluar dari mode ini, anda seharusnya mula menyimpan.

Penting untuk anda mempunyai pekerjaan tetap supaya anda mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Dengan gaji yang tetap anda boleh membahagikan duit perbelanjaan dan simpanan.

Malah, dengan pekerjaan tetap, ianya akan memudahkan anda untuk membuat pembayaran balik pinjaman perumahan.

rumah impian

Dengan adanya pekerjaan sepenuh masa serta caruman KWSP, ia memudahkan anda untuk membuat permohonan rumah nanti.

3. Buat Kerja Part Time

Bagus sekiranya anda sudah mempunyai pekerjaan tetap. Namun dengan cabaran hidup sekarang, keadaan ekonomi yang tidak menentu, serta kos sara hidup yang semakin meningkat, disarankan anda membuat kerja sambilan.

Lebih-lebih lagi sekiranya anda sudah membahagikan duit belanja dan simpanan, namun anda lihat duit simpanan anda masih lagi tidak mencukupi untuk membeli rumah.

Apa yang anda boleh buat? Selagi anda ada internet, anda boleh berniaga secara online, menjadi dropship, berniaga kecil-kecilan, jadi ejen jualan dan sebagainya. Dengan pendapatan tambahan anda ini, anda boleh jadikan sebagai top-up simpanan dan belanja anda.

4. Atur Perbelanjaan Harian Dengan Berhemah

 rumah impian

Kalau anda sudah  bekerja tetap dan part time ataupun sudah cukup segalanya, anda perlu susun perbelanjaan harian anda dengan betul.

Lihat ke mana wang anda dihabiskan. Semak semula perbelanjaan harian anda. Imbas satu-satu perkara yang anda telah belanjakan..

Cuba lihat senarai ini betul-betul.

  • Rumah sewa
  • Gym
  • Langganan majalah
  • Teh Boba setiap hari
  • Bil rumah sewa

Apabila diimbas senarai ini mungkin anda boleh berhentikan langganan gym,  kerana anda tidak kerap ke sana. Mungkin potong juga langganan majalah kerana anda banyak membaca secara online sahaja. Boba? Mungkin boleh dikurangkan kepada sekali seminggu atau sebulan.

Ada yang anda boleh potong terus atau anda boleh kurangkan.

Potong mana-mana perbelanjaan yang tidak perlu, lebihkan wang untuk pembiayaan dan bayaran bulanan untuk beli rumah. Cuba untuk simpan 10% daripada gaji anda.

5. Jaga Rekod Kewangan

rumah impian

Apabila anda sudah senaraikan komitmen seperti bil dan bayaran rumah sewa, anda perlu komited membayarnya. Jangan biarkan ianya tertunggak. Pastikan bayaran komitmen bulanan dibayar tepat pada masanya.

Jika tidak, anda mungkin akan berakhir dengan bil yang melambung dan menyusahkan anda untuk membayarnya. Ini untuk mengelakkan ketirisan rekod CCRIS Bank Negara.

Apabila anda membuat pinjaman, bank akan lihat rekod CCRIS, kalau rekod tak bagus, sukar untuk mendapatkan pinjaman perumahan.

Nak selamat, tetapkan auto-debit untuk bayaran komitmen bulanan supaya tidak terlewat bayar.

Simpan segala wang pendapatan di dalam bank baik dari ‘part-time’ atau ‘full-time’. Ini supaya bank nampak ada aliran tunai.

Anda sudah bersedia untuk menjadikan mimpi anda satu realiti?

KITA @ Cybersouth merupakan projek terkini LBS Group yang lengkap dengan kemudahan selesa untuk masyarakat masa kini.

Ia adalah sebuah projek pembangunan yang memenuhi keperluan pembeli golongan Melayu yang sedang mencari rumah idaman.

rumah impian

Di antara kunci utama pembangunan KITA @ Cybersouth adalah harganya yang berpatutan, aliran trafik mudah ke Lebuhraya Putrajaya-Cyberjaya serta diliputi kehijauan yang mendamaikan. Tidak hairanlah kerana kawasan perumahan ini, dibangunkan di koridor selatan Lembah Klang di antara Putrajaya dan Cyberjaya.

 rumah impian

Aksesibiliti yang mudah kerana ianya boleh dicapai di beberapa lebuh raya utama:

  • Lebuhraya Putrajaya – Cyberjaya melalui Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), 
  • Lebuhraya Maju (MEX) 
  • Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) 
  • Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) 
  • Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) 
  • Jalan Dengkil-Banting

 

Pemilik rumah juga mempunyai akses ke pusat beli belah Alamanda, IOI City Mall di Putrajaya dan Mitsui Outlet Park. Malah, ianya juga berdekatan dengan Putrajaya Challenge Park dan Putrajaya Botanical Garden.

rumah impian

Bagi anda yang memikirkan pendidikan untuk anak-anak, KITA @ Cybersouth dikelilingi dengan beberapa buah sekolah seperti Sekolah Kebangsaan Dengkil dan Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya serta beberapa buah institusi pengajian tinggi bertaraf antarabangsa seperti Heriot-Watt University Malaysia, Limkokwing University dan Xiamen University.

Terdapat tiga jenis residensi yang ditawarkan iaitu KITA Harmoni (rumah teres dua tingkat), KITA Bayu (rumah bandar) dan KITA Impian (pangsapuri perkhidmatan).

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang KITA @ Cybersouth, layari laman web rasmi atau daftarkan permohonan anda melalui pautan ini.