15 Cara Pilih Rumah Teres Yang Jarang Diketahui Ramai

21 Feb 2020 | Pelbagai

Memiliki kediaman yang selesa dengan harga yang berpatutan adalah impian setiap insan.

Rumah teres adalah pilihan terbaik. Namun, ada beberapa perkara yang anda perlu tahu sebelum membelinya.

Di sini, kami kongsikan cara-cara dan panduan sebelum membeli rumah teres.

 

Apa Itu Rumah Teres?

 

Sebagaimana yang biasa kita lihat, rumah teres merupakan barisan rumah yang mempunyai rekaan sama dan saling berkongsi dinding tepi.

Rumah pertama dan terakhir di setiap baris pula mempunyai saiz yang sedikit besar berbanding rumah-rumah di tengah, selain mempunyai kawasan laman yang luas.

Ada rumah teres setingkat, ada rumah teres dua tingkat.

Ia merupakan konsep perumahan yang berasal dari Eropah pada abad ke-17 dan dianggap sebagai kelas sosial pada zaman dahulu.

Konsep kediaman sebegini mula diperkenalkan di Malaysia pada abad ke-20 ketika penjajahan British dan binaannya pula disesuaikan dengan keadaan cuaca di sini.

 

Kelebihan Memiliki Rumah Teres

 

rumah teres impian

 

Selera setiap manusia berbeza-beza, begitu juga dalam hal pemilihan rumah.

Ada yang memilih tinggal di kawasan rumah bertingkat seperti pangsapuri perkhidmatan atau kondominium kerana ia biasanya dibina di kawasan yang mempunyai pelbagai kemudahan dan capaian.

Untuk mereka yang masih bujang, anda mungkin menggemari konsep rumah studio.

Namun, bagi mereka yang sudah berkeluarga, rumah teres setingkat atau dua tingkat pasti menjadi pilihan.

Kami kongsikan beberapa kelebihan jika anda tinggal di rumah teres.

 

Ruang Di Dalam dan Luar Rumah Lebih Besar

 

Jika anda gemar bercucuk tanam, sama ada pokok hiasan atau sayuran, pemilihan rumah teres adalah terbaik kerana mempunyai laman bertanah di hadapan dan belakang rumah.

Ruang yang lapang juga memudahkan pemiliknya untuk melakukan pengubahsuaian rumah.

Tinggal di rumah teres juga memberi keselesaan buat keluarga yang mempunyai anak-anak untuk bermain di sekitar kawasan rumah.

 

Ada Tempat Letak Kereta

rumah teres satu tingkat

 

Rata-rata yang tinggal di kawasan rumah bertingkat pasti mempunyai masalah untuk parkir kereta.

Apatah lagi pada zaman ini setiap keluarga mempunyai paling kurang dua buah kereta.

Penghuni rumah bertingkat terpaksa meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan atau di hujung kawasan perumahan tanpa pengawasan.

Masalah sebegini dapat diatasi dengan membeli rumah teres.

Bukan sahaja senang parking, nak basuh kereta pun mudah. Tak perlu lagi ke car wash!

 

15 Panduan Membeli Rumah Teres

 

 

Tak dinafikan, sesiapa sahaja yang mempunyai bajet yang lebih mahu memiliki rumah teres.

Ada orang gemar pusing-pusing di sekitar kawasan perumahan untuk ambil ‘feel’ dan tengok design rumah teres.

Nak beli rumah teres? Ambil tahu dulu 15 panduan penting sebelum anda memiliki hartanah.

1. Elakkan pilih rumah yang berhadapan dengan jalan besar atau jalan utama.

Keadaan jalan yang sibuk dengan kenderaan pastinya membahayakan anak-anak.

2. Pilih rumah yang bertentangan dengan matahari terbenam.

 

 

Biasanya kalau rumah yang berdepan dengan arah barat, suasana belah petang dan malam akan berasa lebih panas. Ini menyebabkan anda kena kerap pasang aircond supaya suasana menjadi sejuk.

3. Kalau anda seorang yang gemarkan privasi, maka pilih rumah yang tidak berhadapan dengan rumah orang.

Cuba cari rumah yang menghadap tanah lapang atau taman.

4. Kalau boleh, elakkan beli rumah yang arah kiblatnya menghala ke tandas.

Kalau dah terbeli, pastikan anda letak penghadang.

5. Cuba perhatikan saluran air di kawasan kediaman. Seelok-eloknya pilih kawasan rumah yang ada tangki air besar sendiri dan bukannya dari paip saliran utama.

 

Sekiranya berlaku kejadian paip pecah, ia akan mengambil masa lama untuk pulih.

6. Semakin banyak kawasan perumahan dilengkapi dengan kawalan keselamatan.

Ini faktor penting untuk melindungi kesejahteraan para penghuni kawasan perumahan.

7. Elakkan membeli rumah berhadapan dengan simpang.

Keadaan ini boleh mendatangkan bahaya lebih-lebih lagi apabila banyak kenderaan yang melalui jalan tersebut.

8. Ada juga yang beranggapan tidak mahu membeli rumah bersebelahan dengan substation TNB kerana takut kejadian seperti letupan.

Sebenarnya harga rumah yang berhampiran substation ini sedikit murah, malah ada juga yang tak kisah.

9. Periksa di mana terletaknya dapur.

Ini kerana ada pemaju yang buat dapur di bahagian hadapan rumah. Ini mungkin menyebabkan penghuni, terutama wanita rasa tak selesa, lebih-lebih lagi jika ada tetamu bertandang ke rumah.

10. Ada orang yang suka kawasan kediaman yang mempunyai satu sahaja jalan utama untuk penghuni keluar dan masuk.

Ia dikenali sebagai Crime Prevention Through Environmental Design, konsep ini dipercayai mempunyai kawalan keselamatan yang lebih tinggi.

11. Pilih unit rumah yang mempunyai cat berwarna terang di luar rumah.

Ini kerana cat gelap akan menyerap haba matahari dan membuatkan rumah berasa lebih panas.

12. Pilih rumah yang tandas di tingkat atas atau yang bersambung di antara dua bilik.

Jika anda mempunyai anak perempuan, tandas di antara dua bilik lebih sesuai berbanding tandas yang terletak di luar bilik.

13. Pilih rumah yang pintu utama tidak menghadap terus ke dapur.

14. Elakkan memilih rumah yang menggunakan material metaldeck sebagai bumbung untuk mengelakkan haba panas di dalam rumah.

15. Sebelum beli rumah, sebaik-baiknya datang lihat rumah sekurang-kurangnya satu kali pada waktu pagi dan satu kali pada waktu petang.

 

Rumah Impian KITA @  Cybersouth

 

Anda sedang mencari rumah idaman? Apa kata anda lihat rumah contoh kami di Kita @ Cybersouth.

Ianya terletak di koridor selatan Lembah Klang di antara Putrajaya dan Cyberjaya.

Kita @ Cybersouth adalah sebuah perbandaran di atas Tanah Rizab Melayu dengan berkeluasan 633 ekar.

Kawasan perumahan ini boleh dicapai dengan beberapa lebuh raya utama seperti:

  • Lebuhraya Putrajaya – Cyberjaya melalui Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite),
  • Lebuhraya Maju (MEX),
  • Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE),
  • Lebuhraya Utara-Selatan (NKVE),
  • Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP),
  • Jalan Dengkil – Banting.


KITA @ Cybersouth
juga terletak berhampiran dengan beberapa pusat membeli-belah utama seperti D’Pulze, Aeon Big Putrajaya dan Alamanda Putrajaya.

Kini terdapat tiga jenis residensi yang ditawarkan iaitu KITA Harmoni (rumah teres dua tingkat), KITA Bayu (rumah bandar) dan KITA Impian (apartmen).

Miliki rumah impian anda hanya di Kita @ Cybersouth.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi atau daftarkan permohonan anda melalui pautan ini.