15 Tips Beli Rumah Pertama Yang Wajib Anda Tahu

May 20, 2020

BELI RUMAH PERTAMA: INI 15 TIPS YANG WAJIB ANDA TAHU

Anda ingin beli rumah pertama dalam tempoh masa terdekat?

Setiap orang yang merancang untuk membeli rumah buat kali pertama pasti mempunyai seribu satu persoalan yang timbul di minda mereka. Dengan komitmen lain yang anda harus berikan perhatian, semestinya anda mahu yang terbaik untuk rumah anda. 

Sebelum anda membeli rumah, pasti pelbagai pertanyaan timbul di minda anda.

Di sini kami kongsikan kepada anda tips beli rumah untuk memudahkan anda memiliki rumah pertama anda.

beli rumah pertama

 

 

1. Kaji Hartanah di Malaysia

tips beli rumah

 

Antara tips beli rumah pertama yang penting adalah anda harus membuat sedikit kajian tentang hartanah di Malaysia. Anda perlu mengkaji perbezaan jenis rumah dan pinjaman bank serta kadar faedah pinjaman yang ditawarkan.

Selain itu, anda perlu menyelidik rekod pemaju hartanah untuk mengelakkan rumah anda menjadi projek terbengkalai.

 

2. Rumah Ideal Yang Padan Dengan Pendapatan

Salah satu tips beli rumah lain yang penting juga adalah anda perlu mencari rumah yang sesuai dengan keadaan kewangan anda. Individu yang ingin membeli rumah dinasihatkan untuk tidak memperuntukkan ansuran pinjaman bulanan rumah lebih dari satu pertiga dari pendapatan isi rumah.

Sebagai contoh, jika gabungan pendapatan anda dan pasangan bersamaan RM6,000, maka pembayaran rumah tidak digalakkan lebih dari RM2,000.

 

3. Jadikan Rumah Pertama Sebagai Rumah Pelaburan

Ini juga merupakan salah satu tips beli rumah pertama yang ramai sering terlepas pandang. Anda boleh menjadikan rumah pertama yang dibeli sebagai rumah pelaburan. Dengan menjadikan ia rumah sewa, anda boleh menjana duit poket tambahan setiap bulan.

Jika anda sudah berkeluarga dan keperluan rumah lebih penting, mungkin anda perlu mencari rumah kedua pula sebagai rumah pelaburan.

4. Ada Pendapatan Tetap

beli rumah pertama

Memiliki pendapatan yang tetap penting untuk beli rumah pertama, lebih-lebih lagi apabila rekod kewangan anda belum dikira cukup matang pada mata pihak bank.

Ini merupakan tips beli rumah yang amat mustahak kerana pendapatan tetap akan memudahkan anda untuk membuat pembayaran balik pinjaman perumahan. Selain itu, caruman KWSP daripada gaji anda dapat digunakan untuk membuat permohonan rumah nanti.

 

5. Jangan Terpedaya dengan ‘Cash Rebate’

Istilah ‘cash rebate’ sememangnya mengujakan bagi kebanyakan orang.

Usah mudah percaya kerana kesemua kos berkenaan sudah termasuk di dalam harga rumah. Lakukan sedikit kaji selidik terlebih dahulu.

6. Buat Kerja Sambilan

Memperoleh pendapatan sambilan juga merupakan salah satu tips beli rumah pertama yang amat berguna untuk anda. Kalau anda mendapat duit nafkah dari suami (contohnya) atau ada perniagaan kecil-kecilan, pastikan ada transaksi teratur melalui akaun bank, atau pastikan anda mempunyai bukti rekod cukai.

7. Akaun Kedua KWSP

 

tips beli rumah

Terdapat sebilangan dari kita yang mungkin mengambil masa yang agak lama bagi mengumpul wang untuk membeli rumah.

Salah satu tips beli rumah yang anda boleh cuba untuk mendapat pembiayaan rumah ialah melalui pengeluaran sejumlah wang daripada akaun kedua KWSP untuk membeli rumah.

Kaedah ini terbuka untuk anda yang ingin beli rumah pertama, ataupun telah mempunyai rumah pertama tetapi ingin membeli rumah kedua dengan syarat rumah pertama anda telah dijual atau dilupus milik.

 

8. Periksa Status CCRIS Dan CTOS

 

Periksa status kredit anda di Sistem Maklumat Rujukan Kredit Sentral (CCRIS) atau Agensi Pelaporan Kredit (CTOS) untuk melihat tunggakan pinjaman peribadi, kad kredit, sewa beli dan status muflis.

Anda boleh periksa di sini.

9. Rumah Kecil Pun Ok!

 

Dalam banyak-banyak tips beli rumah, ini merupakan tips yang anda boleh pertimbangkan untuk memiliki rumah pertama dengan mudah: beli rumah yang kecil dahulu.

Nak beli rumah tak semestinya bermula dengan banglo yang dilengkapi dengan reka bentuk moden dan perabot mahal.

Ubah mentaliti ini. Tiada masalah  dengan membeli rumah kecil dahulu kerana harga rumah akan semakin naik.

 

10. Kesesuaian Tempat

 

Pilih rumah yang berhampiran dengan lokasi tempat kerja anda supaya masa anda, tol dan petrol boleh dijimatkan sekaligus mengurangkan masa di atas jalan raya.

 

11. Lokasi Yang Berpotensi

 

Antara tips beli rumah pertama yang amat penting adalah untuk membeli rumah di lokasi yang menjadi tumpuan, seperti di bandar atau berdekatan dengan kemudahan awam kerana ia mudah untuk dijual semula pada masa akan datang.

12. Lihat Status Tanah

 

Ketahui pegangan tanah bakal rumah anda sama ada ia freehold atau leasehold.

 

13. Harga Di Bawah Kelayakan Maksimum Pinjaman

 

Walaupun anda mungkin layak membeli sehingga RM300,000, lebih baik untuk mencari rumah dalam lingkungan harga RM250,000 supaya mudah mendapat kelulusan bank kerana ia berkait rapat dengan Debt Service Ratio (DSR).

14. Kos Ekstra Hartanah Strata

beli rumah pertama

 

Jika membeli rumah seperti apartmen atau kondominium, anda perlu bersiap sedia dengan kos insurans dan kos selenggara kemudahan dan bangunan. Semak kos tersebut sebelum membuat keputusan, lebih-lebih lagi untuk beli rumah pertama!

15. Baca, Teliti, Fahami

 

Akhir sekali, tips beli rumah yang paling penting adalah anda harus peka dalam meneliti semua dokumen jual-beli rumah yang berkaitan. Pastikan anda baca semua surat tawaran dan dokumen perjanjian jual-beli rumah. Jika sesuatu terjadi, tandatangan anda pada dokumen itu akan terpakai.

Sememangnya urusan membeli rumah pertama bukanlah mudah kerana banyak perkara yang perlu diambil kira.

Jadi, bagaimana patut anda mula?

 

Sedia Untuk beli Rumah Pertama? Terokai Rumah Impian KITA @ Cybersouth

tips beli rumah

 

Setiap orang pasti mengimpikan rumah yang berkualiti dan selesa dengan suasana yang tenang dan mendamaikan buat seisi keluarga.

Pelbagai perkara perlu diambil kira untuk membeli rumah. Salah satunya adalah lokasi.

Sekiranya anda sedang mencari kawasan perumahan di sekitar Cyberjaya dan Dengkil, Selangor, KITA @ Cybersouth adalah jawapannya!

Ianya terletak di koridor selatan Lembah Klang di antara Putrajaya dan Cyberjaya.

KITA @ Cybersouth adalah kawasan perumahan di atas tanah rizab Melayu dengan keluasan 633 ekar. 

Kawasan perumahan ini boleh diakses melalui beberapa lebuhraya utama seperti:

  • Lebuhraya Putrajaya – Cyberjaya melalui Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), 
  • Lebuhraya Maju (MEX)
  • Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
  • Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE)
  • Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
  • Jalan Dengkil-Banting

KITA @ Cybersouth juga terletak berhampiran dengan beberapa pusat membeli-belah utama seperti D’Pulze, Aeon Big Putrajaya dan Alamanda Putrajaya.

 

beli rumah pertama

 

Terdapat tiga jenis residensi yang ditawarkan iaitu KITA Harmoni (rumah teres dua tingkat), KITA Bayu (rumah bandar) dan KITA Impian (pangsapuri perkhidmatan).

Apa tunggu lagi? Miliki rumah idaman untuk keluarga anda hanya di KITA @ Cybersouth!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi atau daftarkan permohonan anda melalui pautan ini.

This is a block of text. Double-click this text to edit it.
X

Menu

Carian

X
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram