4 Punca Rakyat Malaysia Tidak Mampu Memiliki Rumah Sendiri

20 May 2020 | Pelbagai

Terdapat banyak kempen dan promosi pemilikan rumah diadakan di seluruh Malaysia untuk menggalakkan rakyat Malaysia membeli rumah sendiri.

Projek perumahan giat dijalankan. Banyak kawasan perumahan baru diteroka untuk menarik minat pembeli rumah baru. Hakikatnya, masih banyak rumah yang belum terjual.

Statistik sejak dari tahun 2018 menyatakan bahawa bilangan pembeli rumah adalah sedikit berbanding rumah yang dibina.

Ini adalah punca-puncanya:

1. Gaya Hidup Sedia Ada Vs Kos Sara Hidup

rumah sendiri

68% rakyat Malaysia mempunyai hutang tinggi. Menurut pakar ekonomi, peningkatan kos hidup berbanding pendapatan isi rumah rendah memaksa sesetengah rakyat Malaysia berhutang.

Tambahan pula, penggunaan kad kredit menjadikan rakyat Malaysia boros berbelanja. Dengan penggunaan kad kredit yang tidak terkawal, hutang kad kredit bertambah dan boleh menjadi muflis.

Menurut Sinar Harian, harga maksimum rumah mampu dimiliki  rakyat Malaysia  pada hari ini hanya bernilai RM282,000.

2. Kurang Mengkaji Hartanah Di Malaysia

 rumah sendiri

Kebanyakan pembeli menginginkan lokasi yang strategik, lengkap dengan fasiliti dengan harga yang mampu dimiliki.

Namun ada yang mencari rumah yang tiada fasiliti asas, tiada kemudahan jalan raya yang elok ataupun kenderaan awam. Ini kerana mereka tidak mengkaji hartanah sebelum membeli.

3. Bayaran Deposit Yang Terlampau Tinggi

rumah sendiri

Membeli rumah adalah komitmen yang berterusan. Tidak kiralah anda membeli terus secara tunai ataupun berhutang. Namun, duit muka yang diberikan sesetengah pemaju adalah terlampau tinggi.

Bagi mereka yang berpendapatan rendah, peluang untuk memiliki rumah sendiri amat tipis.

 

4. Tak Cukup Syarat Untuk Meminjam

rumah sendiri

Untuk membeli rumah, cara yang mudah adalah dengan membuat pinjaman bank. Tetapi tidak ramai yang layak untuk meminjam kerana syarat dan kriteria ketat yang ditetapkan.

Di antara faktor penyebabnya adalah rekod CCRIS dan CTOS yang tidak baik.

Ianya ada kaitan dengan bayaran pinjaman seperti:

  • Pinjaman pelajaran
  • Kad kredit
  • Hutang kereta
  • Bil telefon

Apabila bayaran komitmen bulanan tertangguh atau lewat, ianya akan dipaparkan di CCRIS dan CTOS.

Sekiranya rekod CCRIS dan CTOS tidak baik, kebarangkalian untuk bank memberikan pinjaman adalah tipis.

Namun, masalah itu dapat diselesaikan sekiranya anda memperbaiki rekod CCRIS anda, selesaikan hutang pinjaman dengan segera dan mengamalkan perbelanjaan berhemah.

Anda boleh mula merancang sekarang untuk mengumpul wang yang mencukupi untuk deposit rumah anda.

Bagi anda yang mampu untuk memiliki rumah sendiri, KITA @ Cybersouth dapat memenuhi keinginan anda.

Ia adalah kawasan perumahan yang dibina di kawasan seluas 256.17 hektar di atas tanah rizab Melayu.

Bertemakan gaya hidup keluarga moden dan kehidupan masyarakat dengan harga mampu milik.

Terdapat tiga jenis residensi yang ditawarkan iaitu KITA Harmoni (rumah teres dua tingkat), KITA Bayu (rumah bandar) dan KITA Impian (pangsapuri perkhidmatan).

KITA Bayu

Sesuai untuk anda yang berkeluarga atau baru membina keluarga, anda boleh lihat kedua-dua rumah teres ini. Pilihan untuk anda duduk di rumah bandar juga ada.

rumah impianrumah impian

Rumah teres 2 tingkat

Rumah bandar 

Harga dari RM550,000

Harga dari RM409,900

20’ x 60’

20’ x 75’

1447 kaki persegi

Tingkat bawah : 1,346 kaki persegi

Tingkat atas : 1,483 kaki persegi

4 bilik tidur, 3 bilik air

3 bilik tidur, 2 bilik air

 

KITA  Harmoni

Kalau anda inginkan rumah teres yang lebih luas, KITA Harmoni sesuai untuk anda yang mahukan terbaik untuk diri  mahupun keluarga anda.

rumah impian

Rumah teres 2 tingkat

Harga dari RM570,000

20’ x 65’

1491 kaki persegi

4 bilik tidur, 3 bilik air

 

KITA Impian

Anda lebih berminat dengan rumah jenis apartmen atau pangsapuri perkhidmatan yang lebih privasi? Anda boleh  lihat Kita Impian. Terdapat dua pilihan untuk anda. Kedua-duanya adalah harga mampu milik.

rumah impianrumah impian

Pangsapuri perkhidmatan

Pangsapuri perkhidmatan

Harga dari RM338,800

901 kaki persegi

Harga dari RM250,000

551 kaki persegi

 

Miliki rumah idaman untuk keluarga anda hanya di KITA @ Cybersouth.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi atau daftarkan permohonan anda melalui pautan ini.