Kelebihan Memiliki Rumah Teres 1 Tingkat

Memiliki kediaman yang selesa dengan harga mampu milik adalah impian setiap orang. Rumah teres 1 tingkat adalah antara pilihan popular yang sering menjadi pilihan orang ramai. 

Di sini kami akan huraikan kelebihan-kelebihan memilih rumah teres setingkat. Kami menggabungkan keselesaan, kepraktisan, dan keindahan dalam satu pakej yang sempurna untuk memenuhi keperluan hidup anda

Kelebihan Memiliki Rumah Teres 1 Tingkat

Kebanyakan rumah jenis ini adalah jenis rumah teres mampu milik. Ia juga adalah rumah yang paling senang untuk diuruskan berbanding rumah yang bertingkat-tingkat.

Ini boleh dinilai dari segi penyelenggaraan kerana pemilik tidak perlu khuatir sekiranya tandas di tingkat atas bocor atau masalah gayat jika bumbung mengalami kerosakan dan perlu dibaiki.

Pemilik dan ahli rumah juga tidak perlu memikirkan kemungkinan masalah sakit kaki untuk menaiki tangga yang boleh dialami jika rumah bertingkat.

Bayangkan anda tinggal di rumah bertingkat dan haus di tengah malam, anda perlu menuruni tangga hanya untuk segelas air. Mungkin kedengaran kelakar tapi inilah antara isu yang timbul.

rumah teres 1 tingkat

Ini mungkin isu penting sekiranya anda tinggal bersama ibu bapa yang berusia, sakit dan memerlukan perhatian. 

Dengan mempunyai rumah teres setingkat juga boleh mengurangkan jumlah bilik air kerana kebiasannya rumah jenis ini hanya memerlukan antara 1 hingga 2 bilik air sahaja.

Apabila kurang bilik air, maka kuranglah ruang atau bilik yang perlu dicuci. Jika hendak dibandingkan dengan rumah yang bertingkat, selalunya setiap tingkat memerlukan 2 bilik air.

Lebih banyak tingkat, maka lebih banyaklah bilik dan ruang yang perlu dijaga, dicuci, dan diselenggara.

Rumah teres setingkat tidak bermaksud hanya terhad untuk rumah rumah yang bersaiz kecil kerana banyak rumah setingkat moden yang dibina dengan saiz yang luas.

Ia dinamakan superlink.  Anda boleh mencari rumah jenis ini jika anda mahukan keluasan, lebih keselesaan dan privasi.

Ruang Yang Lebih Luas

Rumah teres setingkat juga mempunyai ruang yang selesa dan sesuai untuk melakukan aktiviti bersama keluarga. Anda boleh bercucuk tanam, melihat anak-anak bermain di kawasan sekitar rumah.

Ruang di sekeliling rumah teres juga membolehkan anda mengubahsuai rumah jika anda mahu.

Anda juga akan mempunyai lebih privasi berbanding tinggal di rumah pangsapuri kerana rumah anda tidak terlalu rapat dengan jiran sehingga boleh mengganggu.

Kemudahan untuk parkir kereta pun mudah. Pada zaman kini, kebanyakan keluarga mempunyai 2 buah kereta dan ini menyusahkan sekiranya anda tinggal di rumah pangsapuri di mana terpaksa parkir kereta extra di luar kawasan rumah.

Ini mungkin mendatangkan risiko seperti kecurian kereta dan potensi untuk dirosakkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Masalah ini tidak akan dihadapi dengan rumah teres kerana kawasan tempat parkir kereta muat untuk 2 buah kereta.

Sebagai Aset Pelaburan

Selain daripada kelebihan yang telah disebut di atas, rumah teres juga adalah antara aset yang bagus untuk dijadikan sebagai pelaburan untuk masa hadapan.

rumah teres 1 tingkat

Anda harus bijak untuk memilih rumah teres yang dibina di kawasan yang boleh diramal akan menjadi naik pelaburannya atau akan membangun dengan jayanya di masa hadapan.

Ini kerana harga rumah di kawasan ini akan meningkat secara mendadak sekiranya terdapat banyak projek pembangunan dijalankan di kawasan sekitarnya.

Rumah teres yang dalam pembinaan mungkin tidak boleh nampak lagi potensinya. Namun, jika anda selidik dengan teliti dan yakin, anda hanya perlu sabar dan percaya dengan proses.

Dengan ini diharapkan dapat membantu anda sedikit sebanyak tentang kelebihan memiliki rumah teres setingkat.

Sekiranya anda berminat untuk membeli rumah teres dalam kawasan yang terdapat pelbagai kemudahan dengan harga berpatutan, anda patut mempertimbangkan kawasan perumahan KITA @ Cybersouth

Kawasan perumahan ini dibina oleh LBS Bina Group yang bukan sahaja pakar dalam membina rumah, tetapi juga pakar dalam membina landskap dan komuniti yang baik untuk keselesaan.

rumah teres 1 tingkat

Moto mereka adalah untuk mewujudkan kawasan yang harmoni dan ceria untuk rakyat Malaysia dari segi kawasan perumahan, kedai, aset, hospitaliti, dan pelancongan.

Mereka membangunkan rumah yang mampu milik supaya semua orang mendapat peluang untuk memiliki rumah yang selesa dengan kualiti yang tinggi. 

Berminat dengan rumah teres setingkat sebagai kediaman anda? Miliki rumah teres setingkat impian anda di LBS Cybersouth sekarang! Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi di sini.

Dengan keluasan 1,447 kaki persegi, 4 bilik tidur, rumah teres 2 tingkat ini pasti menjadi rumah impian sesiapa sahaja.

Tak susah nak cari rumah sekarang, anda hanya perlu buat carian di Google dan terus jumpa. Tapi tak semua rumah itu menepati apa yang anda inginkan. Tak seperti rumah dari KITA @ Cybersouth.

Baca artikel ini sehingga tamat sekiranya ingin tahu kenapa rumah teres 2 tingkat ini menepati citarasa anda.

Rumah Teres 2 Tingkat Yang Dibina Di Tanah Rizab Melayu

Jenis perumahan ini dikhususkan untuk orang Melayu.

Ini juga bermakna semua pihak yang terlibat termasuk pemilik, penyewa dan juga perniagaan adalah milik orang Melayu sahaja.

Jika anda mencari suasana hidup dalam masyarakat Melayu, maka ini adalah tempat yang sesuai untuk anda.

Apa Itu Tanah Rizab Melayu?

Pihak berkuasa negeri telah mewartakan hartanah-hartanah yang tertentu sebagai Rizab Melayu.

“Pengisytiharan Rizab Melayu” akan ditulis dengan jelas dalam surat hakmilik (geran).

Dengan ini, tanah-tanah yang mempunyai status Rizab Melayu akan terikat Enakmen Tanah Rizab Melayu di negeri masing-masing.

Enakmen Tanah Rizab Melayu di setiap negeri mungkin mempunyai definisi Melayu  yang berbeza-beza.

Hanya orang Melayu sahaja yang boleh terlibat dalam urusan tanah ini buat selama-lamanya.

Ini bermakna, jika anda membeli hartanah yang berstatus rizab Melayu, anda hanya boleh menjual atau memindahmilik kepada orang Melayu sahaja.

Namun, status ini boleh dibatalkan oleh Kerajaan Negeri dengan perkenan daripada Sultan atau Raja di negeri masing-masing.

KITA @ Cybersouth

KITA @ Cybersouth merupakan satu kawasan pembangunan perumahan yang mempunyai keluasan 633 ekar dengan kawasan berstatus tanah rizab Melayu. 

Kawasan perumahan ini adalah sepenuhnya berpagar dan berpengawal.

Lokasinya juga tidak jauh dari keriuhan bandar walaupun terletak di koridor selatan Lembah Klang di antara Cyberjaya dan Putrajaya.

KITA Bayu merupakan salah satu jenis residensi di KITA @ Cybersouth dan ia adalah rumah teres bertingkat yang luas dan selesa.

Jenis residensi mempunyai keluasan 1,447 kaki persegi dengan 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi. 

Ianya sangat sesuai untuk anda yang mempunyai keluarga yang besar.

Rumah Teres 2 Tingkat Yang Strategik

Anda mungkin tertanya-tanya, adakah lokasi rumah ini strategik?

Lokasi rumah ini anda mempunyai aksesibiliti seperti:

  • Lebuhraya Putrajaya-Cyberjaya Melalui Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE),
  • Lebuhraya Maju Expressway (MEX),
  • Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE),
  • Lebuhraya Utara-Selatan (NSE),
  • Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP),
  • Jalan Dengkil-Banting

Ia berdekatan dengan hab komersial seperti institusi pendidikan, pentadbiran kerajaan, pusat penjagaan kesihatan dan banyak lagi.

  • 1.4 km ke UiTM Dengkil Campus
  • 5 km ke Heriot-Watt University Malaysia
  • 6.3 km ke Dpulze Shopping Centre
  • 6.9 km ke SMK Dengkil
  • 7.1 km ke SK Dengkil
  • 7.5 km ke Multimedia University
  • 8.6 km ke Hospital Putrajaya
  • 13.5 km ke Bukit Unggul Country Club
  • 14.3 km ke AEON Big
  • 14.6 km ke Alamanda Shopping Centre
  • 18 km ke IOI City Mall
  • 22 km ke Mitsui Outlet Park
  • 25 km ke KLIA

Dikelilingi Kemudahan Beriadah

rumah teres 2 tingkat

Terdapat juga banyak kemudahan beriadah seperti trek jogging, taman permainan kanak-kanak, laluan berbasikal dan banyak lagi untuk kemudahan penduduknya.

Peta Projek

rumah teres 2 tingkat

Pelan Rumah

rumah teres 2 tingkat

Harga Rumah Teres 2 Tingkat Yang Mampu Milik

Rumah teres KITA BAYU bermula dengan harga RM550,000. Harga ini amatlah berpatutan dengan apa yang ditawarkannya.

Secara kesimpulannya, rumah teres 2 tingkat ini sangat ideal untuk anda yang inginkan kawasan perumahan yang selesa dan selamat.

Bukan itu sahaja, lokasi kawasan perumahan ini juga strategik untuk memudahkan urusan-urusan anda.

KITA @ Cybersouth juga ada menawarkan jenis-jenis kediaman rumah yang lain.

KITA BAYU

rumah teres 2 tingkat

Rumah Bandar (Townhouse) yang mempunyai keluasan binaan kasar 1,346 kaki persegi (tingkat bawah) dan 1,483 kaki persegi (tingkat atas).

Rumah jenis ini mempunyai ruang yang luas dengan konsep dalaman yang terbuka.

Dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air, harga kediaman jenis ini bermula dengan RM409,900.

KITA HARMONI

KITA Harmoni

Jika anda inginkan rumah teres 2 tingkat, rumah ini sangat sesuai untuk anda terutama sekali jika anda mempunyai keluarga yang besar.

Rumah ini juga mempunyai reka bentuk moden kontemporari dan keluasan ruang bagi hiasan dalaman yang kreatif.

Keluasan binaan kasar rumah ini adalah 1,491 kaki persegi. Harga bermula RM570,000 untuk unit rumah ini.

KITA IMPIAN

KITA Impian

Unit rumah pangsapuri perkhidmatan ini menawarkan lebih privasi kepada anda. Terdapat dua pilihan untuk anda dengan harga mampu milik.

Salah satu pangsapuri perkhidmatan ini mempunyai keluasan 551 kaki persegi. Unit ini bermula dengan harga RM250,000.

Unit yang berkeluasan 901 kaki persegi bermula dengan harga RM338,800.

Nikmati Kehidupan Yang Bahagia Dengan Perumahan LBS Cybersouth

Memilih kawasan rumah mampu milik adalah penting untuk anda dan juga keluarga.

Sebelum membeli rumah idaman, banyak perkara seperti persekitaran, kemudahan, kesesuaian dan harga perlu dipertimbangkan.

Selain pangaspuri perkhidmatan dan rumah bandar, KITA @ Cybersouth juga menawarkan pelbagai jenis kediaman lain seperti rumah teres selangor dan rumah teres 2 tingkat yang selesa, persekitaran yang tenang dan keselamatan yang baik.

Dengan memiliki rumah di LBS Cybersouth, semua impian anda pasti akan tercapai. Berikan anda dan keluarga kehidupan ideal di komuniti yang serba moden dan berkembang sekarang. Buat pilihan yang bijak sekarang!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Sekiranya anda sedang mencari kawasan perumahan bandar berdekatan dengan Dengkil, Selangor, KITA @ Cybersouth adalah jawapannya.

Berikut adalah beberapa sebab kenapa anda perlu memiliki  rumah di sini:

Sebab #1: Harga Yang Berpatutan

dengkil

Mungkin sukar nak mendapatkan rumah yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.

Namun dengan pangsapuri perkhidmatan KITA Impian yang bermula dengan harga RM250,000, anda pasti mampu memilikinya. Ianya rumah mampu milik yang berkeluasan 551 kaki persegi.

Sekiranya anda mencari rumah teres, Rumah KITA Bayu dan KITA Harmoni adalah sesuai untuk anda. Harga rumah-rumah ini bermula pada RM550,000.

 

Sebab #2: Kawasan Bandar Yang Tenang Dengan Rimbunan Pokok Hijau

dengkil

Kesibukan hidup dan hiruk pikuk bandar boleh mendatangkan kesan terhadap kesihatan seperti stres. Tekanan kerja menyebabkan ramai penduduk bandar kurang senang dengan kehidupan mereka sekarang.

Pada waktu inilah anda akan terkenang kawasan kampung yang yang tenang dan penuh dengan kehijauan. Kajian daripada Universiti Georgia, Amerika Syarikat (2004) menyatakan bahawa warna hijau mampu mengurangkan tekanan. Suasana dan kedamaian alam flora juga mampu menenangkan fikiran.

Sekiranya anda menginginkan kawasan perumahan yang hijau dan mendamaikan, KITA @ Cybersouth diliputi kawasan rimbunan pokok hijau di dalam kawasan bandar.

Anda akan dapat melihat rimbunan kehijauan di sekeliling anda. Dengarkan alunan bunyi suasana alam yang menenangkan. Anda pasti tidak menyangka bahawa  anda sebenarnya berada di KITA @ Cybersouth!

Sebab #3: Rangkaian Kemudahan Yang Pelbagai

dengkil

Sekiranya anda inginkan kawasan perumahan yang lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas yang anda perlukan, KITA @ Cybersouth di Dengkil ada semuanya.

Di sini, mudah bagi anda mendapatkan keperluan harian kerana terdapat pasaraya dan pusat membeli belah. Kemudahan seperti sekolah dan hospital juga berhampiran dengan rumah anda.

Di antara pusat membeli belah yang anda boleh kunjungi adalah IOI City Mall, AEON Big dan Alamanda Putrajaya yang jaraknya di antara 14 ke 18 km sehala.

Selain itu, terdapat beberapa buah sekolah serta pusat pengajian tinggi yang berdekatan di sini seperti, Sekolah Kebangsaan Dengkil, Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya, Heriot-Watt University Malaysia, Limkokwing University, dan Xiamen University.

 

Sebab #4: Kediaman Dengan Ciri-Ciri Keselamatan Yang Sistematik

Apa yang istimewanya rumah-rumah di KITA @ Cybersouth adalah faktor keselamatan yang sistematik dengan kawasan berpagar dan berpengawal. Ini menjamin ketenangan dan ketenteraman keluarga anda sepanjang masa.

 

Sebab #5: Aliran Trafik Mudah Ke Lebuhraya Utama

dengkil

Laluan ke KITA @ Cybersouth adalah berdekatan dengan jalanraya-jalanraya berikut :

  • Lebuhraya Putrajaya – Cyberjaya melalui Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite),
  • Lebuhraya Maju (MEX),
  • Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE),
  • Lebuhraya Utara-Selatan (NKVE),
  • Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP),
  • Jalan Dengkil - Banting.

 

Ini memudahkan laluan anda untuk masuk ke jalan-jalan utama seperti Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ia juga adalah sesuai bagi anda yang bekerja di bandar-bandar utama dan sedang bercadang untuk membeli rumah.

Rumah KITA @ Cybersouth

Ia adalah kawasan perumahan yang dibina di kawasan seluas 256.17 hektar di atas tanah rizab Melayu.

Bertemakan gaya hidup keluarga moden dan kehidupan masyarakat dalam harga mampu milik.

Terdapat tiga jenis residensi yang ditawarkan iaitu KITA Harmoni (rumah teres dua tingkat), KITA Bayu (rumah bandar) dan KITA Impian (pangsapuri perkhidmatan).

KITA Bayu

Sesuai untuk anda yang berkeluarga atau baru berkeinginan membina keluarga, anda boleh lihat dua rumah teres ini. Selain itu, terdapat juga pilihan untuk anda  duduk di rumah bandar.

 

rumah impianrumah impian
● Rumah teres 2 tingkat● Rumah bandar
● Harga dari RM550,000● Harga dari RM409,900
● 20’ x 60’● 20’ x 75’
● 1447 kaki persegi● Tingkat bawah : 1,346 kaki persegi

 

● Tingkat atas : 1,483 kaki persegi

● 4 bilik tidur, 3 bilik air● 3 bilik tidur, 2 bilik air

KITA  Harmoni

rumah impian
● Rumah teres 2 tingkat
● Harga dari RM570,000
● 20’ x 65’
● 1491 kaki persegi
● 4 bilik tidur, 3 bilik air

Kalau anda inginkan rumah teres yang lebih luas, KITA Harmoni sesuai bagi mereka yang mahukan terbaik diri mahupun keluarga anda.

KITA Impian

Anda lebih meminati  rumah jenis apartmen atau pangsapuri perkhidmatan untuk lebih privasi? Anda boleh pilih KITA Impian. Terdapat dua pilihan untuk anda. Kedua-duanya adalah harga mampu milik.

rumah impianrumah impian
● Pangsapuri perkhidmatan● Pangsapuri perkhidmatan
● Harga dari RM338,800 ● Harga dari RM250,000
● 901 kaki persegi● 551 kaki persegi

Miliki rumah idaman untuk keluarga anda hanya di KITA @ Cybersouth.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi atau daftarkan permohonan anda melalui pautan ini.

X

Menu

Carian

X
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram