Sedang Mencari Rumah Teres 2 Tingkat Terbaru di Selangor?

12 Jun 2020 | Pelbagai

Dengan keluasan 1,447 kaki persegi, 4 bilik tidur, rumah teres 2 tingkat ini pasti menjadi rumah impian sesiapa sahaja.

 

Tak susah nak cari rumah sekarang, anda hanya perlu buat carian di Google dan terus jumpa. Tapi tak semua rumah itu menepati apa yang anda inginkan. Tak seperti rumah dari KITA @ Cybersouth.

 

Baca artikel ini sehingga tamat sekiranya ingin tahu kenapa rumah teres 2 tingkat ini menepati citarasa anda.

 

Rumah Teres 2 Tingkat Yang Dibina Di Tanah Rizab Melayu

 

Jenis perumahan ini dikhususkan untuk orang Melayu.

Ini juga bermakna semua pihak yang terlibat termasuk pemilik, penyewa dan juga perniagaan adalah milik orang Melayu sahaja.

Jika anda mencari suasana hidup dalam masyarakat Melayu, maka ini adalah tempat yang sesuai untuk anda.

 

Apa Itu Tanah Rizab Melayu?

 

Pihak berkuasa negeri telah mewartakan hartanah-hartanah yang tertentu sebagai Rizab Melayu.

“Pengisytiharan Rizab Melayu” akan ditulis dengan jelas dalam surat hakmilik (geran).

Dengan ini, tanah-tanah yang mempunyai status Rizab Melayu akan terikat Enakmen Tanah Rizab Melayu di negeri masing-masing.

Enakmen Tanah Rizab Melayu di setiap negeri mungkin mempunyai definisi Melayu  yang berbeza-beza.

Hanya orang Melayu sahaja yang boleh terlibat dalam urusan tanah ini buat selama-lamanya.

Ini bermakna, jika anda membeli hartanah yang berstatus rizab Melayu, anda hanya boleh menjual atau memindahmilik kepada orang Melayu sahaja.

Namun, status ini boleh dibatalkan oleh Kerajaan Negeri dengan perkenan daripada Sultan atau Raja di negeri masing-masing.

 

KITA @ Cybersouth

 

KITA @ Cybersouth merupakan satu kawasan pembangunan perumahan yang mempunyai keluasan 633 ekar dengan kawasan berstatus tanah rizab Melayu. 

Kawasan perumahan ini adalah sepenuhnya berpagar dan berpengawal.

Lokasinya juga tidak jauh dari keriuhan bandar walaupun terletak di koridor selatan Lembah Klang di antara Cyberjaya dan Putrajaya.

KITA Bayu merupakan salah satu jenis residensi di KITA @ Cybersouth dan ia adalah rumah teres bertingkat yang luas dan selesa.

Jenis residensi mempunyai keluasan 1,447 kaki persegi dengan 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi. 

Ianya sangat sesuai untuk anda yang mempunyai keluarga yang besar.

 

Rumah Teres 2 Tingkat Yang Strategik

 

Anda mungkin tertanya-tanya, adakah lokasi rumah ini strategik?

Lokasi rumah ini anda mempunyai aksesibiliti seperti:

 

  • Lebuhraya Putrajaya-Cyberjaya Melalui Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE),
  • Lebuhraya Maju Expressway (MEX),
  • Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE),
  • Lebuhraya Utara-Selatan (NSE),
  • Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP),
  • Jalan Dengkil-Banting

 

 

Ia berdekatan dengan hab komersial seperti institusi pendidikan, pentadbiran kerajaan, pusat penjagaan kesihatan dan banyak lagi.

  • 1.4 km ke UiTM Dengkil Campus
  • 5 km ke Heriot-Watt University Malaysia
  • 6.3 km ke Dpulze Shopping Centre
  • 6.9 km ke SMK Dengkil
  • 7.1 km ke SK Dengkil
  • 7.5 km ke Multimedia University
  • 8.6 km ke Hospital Putrajaya
  • 13.5 km ke Bukit Unggul Country Club
  • 14.3 km ke AEON Big
  • 14.6 km ke Alamanda Shopping Centre
  • 18 km ke IOI City Mall
  • 22 km ke Mitsui Outlet Park
  • 25 km ke KLIA

 

Dikelilingi Kemudahan Beriadah

rumah teres 2 tingkat

Terdapat juga banyak kemudahan beriadah seperti trek jogging, taman permainan kanak-kanak, laluan berbasikal dan banyak lagi untuk kemudahan penduduknya.

 

Peta Projek

rumah teres 2 tingkat

Pelan Rumah

rumah teres 2 tingkat

Harga Rumah 2 Tingkat Yang Mampu Milik

 

Rumah teres KITA BAYU bermula dengan harga RM550,000. Harga ini amatlah berpatutan dengan apa yang ditawarkannya.

Secara kesimpulannya, rumah teres 2 tingkat ini sangat ideal untuk anda yang inginkan kawasan perumahan yang selesa dan selamat.

Bukan itu sahaja, lokasi kawasan perumahan ini juga strategik untuk memudahkan urusan-urusan anda.

KITA @ Cybersouth juga ada menawarkan jenis-jenis kediaman rumah yang lain.

KITA BAYU

rumah teres 2 tingkat

Rumah Bandar (Townhouse) yang mempunyai keluasan binaan kasar 1,346 kaki persegi (tingkat bawah) dan 1,483 kaki persegi (tingkat atas).

Rumah jenis ini mempunyai ruang yang luas dengan konsep dalaman yang terbuka.

Dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air, harga kediaman jenis ini bermula dengan RM409,900.

 

KITA HARMONI

KITA Harmoni

Jika anda inginkan rumah teres yang lebih luas, rumah ini sangat sesuai untuk anda terutama sekali jika anda mempunyai keluarga yang besar.

Rumah ini juga mempunyai reka bentuk moden kontemporari dan keluasan ruang bagi hiasan dalaman yang kreatif.

Keluasan binaan kasar rumah ini adalah 1,491 kaki persegi. Harga bermula RM570,000 untuk unit rumah ini.

 

KITA IMPIAN

KITA Impian

Unit rumah pangsapuri perkhidmatan ini menawarkan lebih privasi kepada anda. Terdapat dua pilihan untuk anda dengan harga mampu milik.

Salah satu pangsapuri perkhidmatan ini mempunyai keluasan 551 kaki persegi. Unit ini bermula dengan harga RM250,000.

Unit yang berkeluasan 901 kaki persegi bermula dengan harga RM338,800.

Memilih kawasan rumah mampu milik adalah penting untuk anda dan juga keluarga.

Sebelum membeli rumah idaman anda, banyak perkara seperti persekitaran, kemudahan, kesesuaian dan harga perlu dipertimbangkan.

Rumah yang ditawarkan KITA @ Cybersouth menawarkan kediaman yang selesa, persekitaran yang tenang dan keselamatan yang baik.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.