Rumah Harga Berpatutan Idaman Seisi Keluarga

October 20, 2021

Jika anda mengimpikan kediaman di kawasan perbandaran eksklusif dan berpengawal, perumahan KITA di Cybersouth adalah pilihan yang terbaik untuk anda. Kawasan perumahan yang dikelilingi persekitaran menghijau yang terlindung daripada kesibukan ibu kota ini semestinya boleh menjadi pilihan kediaman yang terbaik sekali untuk anda dan keluarga yang tersayang. Perumahan KITA dapat memberikan nafas baharu kepada kehidupan bandar anda dengan rumah yang ada jaminan kualiti daripada pemaju bereputasi tinggi dengan pelbagai akses tempat-tempat utama di sekitarnya.

LBS Bina Pemaju Dinamik Dan Berprestasi Tinggi

Projek perumahan KITA di Cybersouth merupakan inisiatif pemaju yang mempunyai reputasi tinggi dalam pembinaan kediaman. Perumahan KITA bertujuan untuk memberi peluang kepada penduduk Malaysia untuk menikmati kediaman dengan harga yang berpatutan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan terletak di lokasi strategik yang sedang membangun di bandar Dengkil.

Pengalaman ulung selama 20 tahun dalam industri pembinaan berjaya mamahat nama LBS Bina sebagai jenama yang terkemuka. Pengalaman mereka dalam industri pembangunan seperti perumahan, komersial, pelancongan dan juga pajakan dan peruncitan menjadikan projek LBS Bina, LBS Cybersouth ini sesuatu yang dinantikan orang ramai.

Projek perumahan KITA ini juga terletak di Cybersouth yang merupakan pusat bandar membangun dengan akses yang mudah kepada lokasi-lokasi penting di tanah air, seperti pusat kerajaan yang terletak di Putrajaya, ataupun dengan lapangan terbang antarabangsa negara KLIA di Sepang. Perumahan KITA juga terletak di kawasan berhampiran dengan sistem pengangkutan awam yang sedia ada untuk mengakses pusat bandar ataupun yang akan datang kelak.

Akses Kepada Lokasi Utama

Antara ciri utama rumah idaman ramai sudah semestinya terletak pada lokasinya. Ramai orang pasti mahu kediaman yang boleh dicapai dengan mudah. Oleh itu, rumah yang dekat dengan rangkaian lebuh raya utama dan pengangkutan awam akan menjadi pilihan yang ideal untuk ramai orang.

Mujur dengan perumahan KITA di Cybersouth yang dibina di kawasan yang begitu strategik berhampiran pelbagai tempat-tempat utama dan lengkap dengan akses tempat pengangkutan awam.

Cybersouth adalah kawasan perbandaran yang sedang membangun pesat di Dengkil. Ia terletak berhampiran dengan pelbagai tempat utama yang dilengkapi kemudahan, mahupun lokasi bersantai untuk anda sekeluarga. Nikmati manfaat tempat-tempat ini sekarang dengan menetap di perumahan KITA agar anda dan keluarga tersayang mendapat kediaman impian yang serba lengkap dalam gaya hidup moden dan harmoni.

  • Lebuhraya Utama

Perumahan KITA mempunyai akses yang senang ke lebuh raya utama seperti ELITE, MEX, MEX II dan LDP yang menghubungkan bandar-bandar utama di Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan pusat bandar Kuala Lumpur.

  • Sistem Pengangkutan Awam

Menetap di perumahan KITA memberi anda akses hanya sejauh 8km sahaja daripada Putrajaya Sentral yang merupakan hab bas dan rel dengan salah satu rangkaian rel pengangkutan awam utama di Malaysia. Anda boleh menggunakan rangkaian KLIA Ekspres dan KLIA Transit di sini untuk membuat perjalanan ke pusat bandar Kuala Lumpur atau Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang. Selain itu, Putrajaya Sentral juga akan menjadi stesen terminal laluan kedua MRT menjelang awal 2023 yang menghubungkan Putrajaya, pusat bandar Kuala Lumpur dan bandar Sungai Buloh.

  • Bandar Cyberjaya

Dengan perjalanan dalam jarak kurang daripada 10km, anda dapat melawat bandar Cyberjaya yang serba canggih dan penuh dengan pelbagai kemudahan. Anda dapat kunjungi pusat beli belah seperti Dā€™Pulze Shopping Centre di hujung minggu untuk berhibur. Anak-anak anda juga berpeluang menuntut di institusi pendidikan seperti Universiti Multimedia di sini. Beberapa stesen MRT juga sedang dibangunkan dalam Cyberjaya untuk mengakses pusat bandar, dan juga sebuah hospital besar untuk kemudahan penduduk setempat.

  • Putrajaya

Dengan jarak 2.5km sahaja, anda berpeluang untuk mengakses bandar Putrajaya yang penuh dengan kemudahan dan tempat pelancongan menarik. Dengan menetap di Cybersouth, anda sudah hampir dengan pusat pentadbiran dan pejabat-pejabat kerajaan. Jika anda bekerja di Putrajaya, jangan lepaskan peluang untuk duduk di Cybersouth sekarang. Anda dan keluarga juga dapat melawat tempat pelancongan utama untuk mengisi masa lapang. Bawa anak-anak bermain luncur ais di IOI City Mall atau menonton wayang pada hujung minggu di Alamanda Putrajaya.

  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA/KLIA2)

Kediaman KITA di Cybersouth juga terletak berhampiran dengan lapangan utama negara. Hanya dengan jarak 25km sahaja, anda akan dapat pergi ke KLIA atau KLIA2 dengan mudah sekali sama ada dengan kenderaan sendiri atau sistem rel yang berhampiran dengan anda.

Jenis-Jenis Rumah Perumahan KITA @ Cybersouth

Projek perumahan KITA di Cybersouth merupakan tempat menetap yang ideal untuk keluarga yang inginkan keselesaan ruang dan kediaman dengan lokasi yang strategik. Dapatkan inspirasi dalam kehidupan berkomuniti dengan projek perumahan KITA untuk gaya hidup moden dan bercitarasa tinggi.

Buat pilihan yang terbaik untuk memilih kediaman idaman anda daripada jenis-jenis rumah yang kami sediakan:

  1. Rumah teres dua tingkat
  2. Rumah teres setingkat
  3. Rumah bandar
  4. Rumah pangsapuri perkhidmatan

Kediaman KITA terdiri daripada rumah teres yang direka dengan ruang tamu yang lapang dan terbuka, bilik tidur yang besar, dan persekitaran segar menghijau yang dapat memenuhi citarasa anda sekeluarga. Bukan itu sahaja, projek perumahan KITA juga ada menawarkan pangsapuri perkhidmatan untuk keluarga muda bagi memulakan hidup baru serba moden di koridor Lembah Kelang yang sedang pesat membangun. Rebut peluang untuk memiliki hidup serba moden dan harmoni dengan harga berpatutan di bandar Cybersouth sekarang. Untuk maklumat lanjut tentang semua projek perumahan KITA, layari laman web kami di https://www.lbscybersouth.com.my/ sekarang.

This is a block of text. Double-click this text to edit it.
X

Menu

Carian

X
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram