Pangsapuri Perkhidmatan Terbaru di KITA @ Cybersouth

June 17, 2020

Mungkin ada di antara anda yang pernah mendengar tentang pangsapuri perkhidmatan sebelum ini. Namun, anda masih kurang faham tentang ciri-ciri rumah jenis ini.

Berikut adalah sedikit fakta tentang maksud dan ciri-ciri pangsapuri perkhidmatan.

Apakah Itu Pangsapuri Perkhidmatan?

Pada asalnya, terma “pangsapuri perkhidmatan” ini digunakan untuk merujuk kepada pangsapuri yang menawarkan perkhidmatan seperti hotel.

Perkhidmatan hotel seperti “housekeeping” dan “room service” dikaitkan dengan terma pangsapuri perkhidmatan.

Namun, di Malaysia, situasinya berbeza dan ia merujuk kepada pangsapuri yang dibina di atas tanah yang berstatus komersial.

Terdapat kebanyakan pangsapuri perkhidamatan ini dibina bersama unit-unit kedai.

Bangunan kediaman ini berkongsi dengan kedai atau pusat membeli belah yang boleh dikunjungi orang awam.

Walaubagaimanapun, akses berasingan disediakan untuk penghuni kediaman.

Selain itu, pangsapuri perkhidmatan ini dibina di atas tanah berstatus komersial jadi segala bayaran utiliti adalah mengikut kadar komersial.   

Oleh kerana itu, ianya lebih mahal daripada kediaman biasa. Tetapi kadar ini boleh ditukar kepada kadar kediaman melalui permohonan kepada TNB.

Pemaju sendiri biasanya perlu melakukan proses ini secara kolektif.

Sekiranya anda sedang mencari pangsapuri perkhidmatan di kawasan berdekatan Cyberjaya dan Dengkil, Selangor, anda boleh melihat projek perumahan terbaru KITA @ Cybersouth.

Ia merupakan perbandaran status tanah rizab Melayu ini merupakan satu perbandaran yang mempunyai keluasan 633 ekar.

Projek perumahan ini terdiri daripada rumah teres dua tingkat, rumah bandar dan rumah pangsapuri perkhidmatan.

Selain itu, terdapat juga kedai, lot komersial dan lain-lain.

KITA Impian (Rumah Pangsapuri Perkhidmatan)

pangsapuri

Rumah pangsapuri perkhidmatan Jenis A ini bermula dengan harga RM338,800.

Dengan keluasan 901 kaki persegi, rumah ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi.

Selain itu, rumah ini juga lengkap dengan ruang tamu, ruang makan, halaman dan balkoni.

Ini adalah pilihan terbaik untuk anda yang sukakan rumah seperti ini.

Harga yang berpatutan dengan kelengkapan yang disediakan. Jangan lepaskan peluang ini!

pangsapuri

KITA Impian (Rumah Pangsapuri Perkhidmatan Mampu Milik)

KITA Impian juga menyediakan rumah pangsapuri perkhidmatan mampu milik.

Harga unit rumah ini adalah harga mampu milik tetapi keluasannya juga kurang daripada unit rumah pangsapuri perkhidmatan.

Satu unit rumah pangsapuri perkhidmatan Jenis B ini mempunyai keluasan 551 kaki persegi.

Terdapat 1 bilik tidur utama dan 1 bilik mandi untuk unit rumah ini.

Layout jenis rumah pangsapuri ini boleh anda rujuk pada gambar di bawah.

Rumah mampu milik ini bermula dengan harga RM250,000.

pangsapuri

 

Anda pasti tertanya-tanya, adakah lokasi rumah sebegini  strategik atau tidak untuk anda jalani kehidupan harian anda?

Dengan harga yang berpatutan, anda juga tidak jauh dengan keriuhan bandar di KITA Impian kerana jarak perjalanan untuk perkhidmatan-perkhidmatan tidak jauh.

KITA @ Cybersouth mempunyai lokasi yang strategik bagi anda yang memerlukan pelbagai jenis perkhidmatan.

Lokasi rumah ini, anda mempunyai aksesibiliti seperti:

  • Lebuhraya Putrajaya-Cyberjaya Melalui Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE),
  • Lebuhraya MAJU (MEX),
  • Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE),
  • Lebuhraya Utara-Selatan (NSE),
  • Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP),
  • Jalan Dengkil-Banting

Lokasinya juga berdekatan dengan hab komersial seperti institusi pendidikan, pentadbiran kerajaan, pusat penjagaan kesihatan dan banyak lagi.

Sangat mudah untuk anda yang perlu menghantar anak ke sekolah atau universiti atau membawa ahli keluarga yang sakit ke hospital dan sebagainya.

  • 1.4 km ke UITM Dengkil Campus
  • 5 km ke Heriot-Watt University Malaysia
  • 6.3 km ke Dpulze Shopping Centre
  • 6.9 km ke SMK Dengkil
  • 7.1 km ke SK Dengkil
  • 7.5 km ke Multimedia University
  • 8.6 km ke Hospital Putrajaya
  • 13.5 km ke Bukit Unggul Country Club
  • 14.3 km ke AEON Big
  • 14.6 km ke Alamanda Shopping Centre
  • 18 km ke IOI City Mall
  • 22 km ke Mitsui Outlet Park
  • 25 km ke KLIA

Fasiliti Lengkap Untuk Komuniti

KITA Impian menyediakan fasiliti-fasiliti lengkap untuk sekeluarga dan sentiasa komited untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk anda.

Terdapat banyak kelengkapan yang anda boleh nikmati dengan menjadi penghuni di sini, antaranya:

  • Gelanggang futsal
  • Gelanggang takraw
  • Laman permainan bersepadu
  • Laman kecergasan
  • Laman rehat
  • Dek senaman
  • Kolam renang dewasa
  • Kolam renang kanak-kanak
  • Laman barbeku
  • Bilik bermainan
  • Tandas
  • Dewan Serbaguna
  • Gimnasium
  • Dek kolam

Fasiliti-fasiliti yang ditawarkan ini adalah untuk anda sebagai penghuni di sini.

Banyak aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan secara berseorangan dan juga berkumpulan.

Fasiliti-fasiliti yang ada juga lengkap dan berada dalam keadaan yang optimal.

Terdapat dua pilihan yang anda boleh pertimbangkan iaitu rumah pangsapuri perkhidmatan Jenis A yang bermula dengan harga RM338,800. 

Pilihan kedua pula ialah pangsapuri perkhidmatan Jenis B yang mampu milik yang bermula dengan harga RM250,000.

Secara kesimpulan, unit rumah ini merupakan kediaman yang ideal terutama sekali bagi anda suka tinggal di pangsapuri.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi atau lihat perkembangan terbaharu di Facebook kami. 

This is a block of text. Double-click this text to edit it.
X

Menu

Carian

X
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram