Kelebihan Memiliki Rumah Teres 1 Tingkat

17 Jun 2020 | Artikel

Memiliki kediaman yang selesa dengan harga mampu milik adalah impian setiap orang. Rumah teres 1 tingkat adalah antara pilihan popular yang sering menjadi pilihan orang ramai. 

 

Di sini kami akan huraikan kelebihan-kelebihan memilih rumah teres 1 tingkat.

 

Kelebihan Memiliki Rumah Teres 1 Tingkat

 

Kebanyakan rumah jenis ini adalah jenis rumah teres mampu milik. Ia juga adalah rumah yang paling senang untuk diuruskan berbanding rumah yang bertingkat-tingkat.

 

Ini boleh dinilai dari segi penyelenggaraan kerana pemilik tidak perlu khuatir sekiranya tandas di tingkat atas bocor atau masalah gayat jika bumbung mengalami kerosakan dan perlu dibaiki.

 

Pemilik dan ahli rumah juga tidak perlu memikirkan kemungkinan masalah sakit kaki untuk menaiki tangga yang boleh dialami jika rumah bertingkat.

 

Bayangkan anda tinggal di rumah bertingkat dan haus di tengah malam, anda perlu menuruni tangga hanya untuk segelas air. Mungkin kedengaran kelakar tapi inilah antara isu yang timbul.

rumah teres 1 tingkat

Ini mungkin isu penting sekiranya anda tinggal bersama ibu bapa yang berusia, sakit dan memerlukan perhatian. 

 

Dengan mempunyai rumah satu tingkat juga boleh mengurangkan jumlah bilik air kerana kebiasannya rumah jenis ini hanya memerlukan antara 1 hingga 2 bilik air sahaja.

 

Apabila kurang bilik air, maka kuranglah ruang atau bilik yang perlu dicuci. Jika hendak dibandingkan dengan rumah yang bertingkat, selalunya setiap tingkat memerlukan 2 bilik air.

 

Lebih banyak tingkat, maka lebih banyaklah bilik dan ruang yang perlu dijaga, dicuci, dan diselenggara.

 

Rumah 1 tingkat tidak bermaksud hanya terhad untuk rumah rumah yang bersaiz kecil kerana banyak rumah setingkat moden yang dibina dengan saiz yang luas.

 

Ia dinamakan superlink.  Anda boleh mencari rumah jenis ini jika anda mahukan keluasan, lebih keselesaan dan privasi.

 

Ruang Yang Lebih Luas

 

Rumah teres satu tingkat juga mempunyai ruang yang selesa dan sesuai untuk melakukan aktiviti bersama keluarga. Anda boleh bercucuk tanam, melihat anak-anak bermain di kawasan sekitar rumah.

 

Ruang di sekeliling rumah teres juga membolehkan anda mengubahsuai rumah jika anda mahu.

 

Anda juga akan mempunyai lebih privasi berbanding tinggal di rumah pangsapuri kerana rumah anda tidak terlalu rapat dengan jiran sehingga boleh mengganggu.

 

Kemudahan untuk parkir kereta pun mudah. Pada zaman kini, kebanyakan keluarga mempunyai 2 buah kereta dan ini menyusahkan sekiranya anda tinggal di rumah pangsapuri di mana terpaksa parkir kereta extra di luar kawasan rumah.

 

Ini mungkin mendatangkan risiko seperti kecurian kereta dan potensi untuk dirosakkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

 

Masalah ini tidak akan dihadapi dengan rumah teres kerana kawasan tempat parkir kereta muat untuk 2 buah kereta.

Sebagai Aset Pelaburan

 

Selain daripada kelebihan yang telah disebut di atas, rumah teres juga adalah antara aset yang bagus untuk dijadikan sebagai pelaburan untuk masa hadapan.

rumah teres 1 tingkat

Anda harus bijak untuk memilih rumah teres yang dibina di kawasan yang boleh diramal akan menjadi naik pelaburannya atau akan membangun dengan jayanya di masa hadapan.

 

Ini kerana harga rumah di kawasan ini akan meningkat secara mendadak sekiranya terdapat banyak projek pembangunan dijalankan di kawasan sekitarnya.

 

Rumah teres yang dalam pembinaan mungkin tidak boleh nampak lagi potensinya. Namun, jika anda selidik dengan teliti dan yakin, anda hanya perlu sabar dan percaya dengan proses.

 

Dengan ini diharapkan dapat membantu anda sedikit sebanyak tentang kelebihan memiliki rumah teres 1 tingkat.

 

Sekiranya anda berminat untuk membeli rumah teres dalam kawasan yang terdapat pelbagai kemudahan dengan harga berpatutan, anda patut mempertimbangkan kawasan perumahan KITA @ Cybersouth

 

Kawasan perumahan ini dibina oleh LBS Bina Group yang bukan sahaja pakar dalam membina rumah, tetapi juga pakar dalam membina landskap dan komuniti yang baik untuk keselesaan.

rumah teres 1 tingkat

Moto mereka ialah untuk mewujudkan kawasan yang harmoni dan ceria untuk rakyat Malaysia dari segi kawasan perumahan, kedai, aset, hospitaliti, dan pelancongan.

 

Mereka membangunkan rumah yang mampu milik supaya semua orang mendapat peluang untuk memiliki rumah yang selesa dengan kualiti yang tinggi. 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi di sini.