Kategori Rumah Untuk Dijual Yang Terdapat di KITA @ Cybersouth

June 17, 2020

Terdapat banyak iklan rumah untuk dijual yang boleh kita lihat di mana-mana; di billboard, iklan TV malah iklan di media sosial.

Sekiranya anda sedang mencari rumah, anda boleh membuat kajian terlebih dahulu. Anda mungkin sudah ada gambaran tentang rumah yang anda ingini, lokasi serta harganya.

Mari kita lihat kategori rumah untuk dijual yang terdapat di KITA @ Cybersouth. Mana tahu mungkin ada yang berkenan di hati.

Rumah untuk dijual ini juga merupakan tanah rizab Melayu yang bermakna orang Melayu sahaja yang boleh memiliki rumah-rumah di sini.

Tempat ini sesuai untuk anda yang selesa dengan suasana hidup masyarakat Melayu. 

Perbandaran status tanah rizab Melayu ini merupakan satu perbandaran yang mempunyai keluasan 633 ekar.

Anda tidak perlu risau kerana kawasan perumahan ini berpagar dan berpengawal yang lengkap.

Lokasinya juga tidak jauh dari keriuhan bandar walaupun terletak di koridor selatan Lembah Klang di antara Cyberjaya dan Putrajaya.

KITA Bayu (Rumah Teres Dua Tingkat)

rumah untuk dijual

Unit rumah ini ialah rumah teres bertingkat 20’x60’. Rumah ini  luas dan selesa untuk didiami.

Dengan keluasan 1,447 kaki persegi, terdapat sebanyak 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi.

Harga unit rumah ini berpatutan jika anda lihat kepada apa yang ditawarkannya. Harga rumah teres KITA Bayu bermula dengan harga RM550,000. 

Rumah teres 2 tingkat ini sangat ideal untuk anda terutama jika anda mempunyai keluarga yang besar.

Berikut merupakan layout unit rumah di KITA Bayu untuk anda rujuk:

rumah untuk dijual

KITA Bayu (Rumah Bandar)

rumah untuk dijual

Selain rumah teres dua tingkat, KITA Bayu juga menawarkan rumah bandar atau townhouse dengan keluasan 22’x75’.

Keluasan binaan kasar rumah ini 1,346 kaki persegi untuk tingkat bawah manakala keluasan tingkat atas pula 1,483 kaki persegi. 

Rumah ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi.

Dengan konsep dalaman yang terbuka, rumah jenis ini juga mempunyai ruang yang luas.

Harga unit rumah ini dijual bermula dengan harga RM409,900.  

Anda boleh rujuk layout rumah ini pada gambar di bawah:

rumah untuk dijual

KITA Harmoni (Rumah Teres Dua Tingkat)

rumah untuk dijual

Reka bentuk moden kontemporari dan keluasan ruang bagi hiasan dalaman yang kreatif merupakan daya tarikan rumah teres 2 tingkat berkeluasan 20’x 65’ ini. 

Rumah ini tampak luas dengan keluasan binaan kasar sebanyak 1,491 persegi dan sangat sesuai jika anda mempunyai keluarga yang besar.

Harga jualan unit rumah ini bermula dengan harga RM570,000.

Layout unit rumah ini adalah seperti berikut:

rumah untuk dijual

KITA Impian (Rumah Pangsapuri Perkhidmatan)

rumah untuk dijual

KITA Impian merupakan pangsapuri perkhidmatan yang mempunyai dua jenis plan.

Jika anda mahukan lebih privasi, ini adalah tempat yang sesuai untuk anda.

Dengan keluasan 901 kaki persegi, rumah pangsapuri perkhidmatan ini bermula dengan harga RM338,800.

Rumah ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi.

 

KITA Impian (Rumah Pangsapuri Perkhidmatan Mampu Milik)

KITA Impian juga menyediakan rumah pangsapuri perkhidmatan mampu milik.

Unit rumah ini lebih murah tetapi keluasannya juga kurang daripada unit rumah pangsapuri perkhidmatan.

Satu unit rumah jenis ini mempunyai keluasan 551 kaki persegi.

rumah untuk dijual

Layout jenis rumah pangsapuri ini boleh anda rujuk pada gambar di bawah:

KITA @ Cybersouth mempunyai lokasi yang strategik bagi anda yang memerlukan pelbagai jenis perkhidmatan.

Lokasi rumah ini, anda mempunyai aksesibiliti seperti:

  • Lebuhraya Putrajaya-Cyberjaya Melalui Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE),
  • Lebuhraya MAJU (MEX),
  • Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE),
  • Lebuhraya Utara-Selatan (NSE),
  • Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP),
  • Jalan Dengkil-Banting

Lokasinya juga berdekatan dengan hab komersial seperti institusi pendidikan, pentadbiran kerajaan, pusat penjagaan kesihatan dan banyak lagi.

  • 1.4 km ke UITM Dengkil Campus
  • 5 km ke Heriot-Watt University Malaysia
  • 6.3 km ke D'Pulze Shopping Centre
  • 6.9 km ke SMK Dengkil
  • 7.1 km ke SK Dengkil
  • 7.5 km ke Multimedia University
  • 8.6 km ke Hospital Putrajaya
  • 13.5 km ke Bukit Unggul Country Club
  • 14.3 km ke AEON Big
  • 14.6 km ke Alamanda Shopping Centre
  • 18 km ke IOI City Mall
  • 22 km ke Mitsui Outlet Park
  • 25 km ke KLIA

Secara kesimpulannya, jika anda sedang mencari rumah, lihatlah jenis-jenis rumah yang KITA @ Cybersouth tawarkan.

Rumah teres dua tingkat, rumah bandar dan rumah pangsapuri perkhidmatan adalah di antara rumah-rumah yang ditawarkan di sini dengan harga yang amat berpatutan.

Bukan itu sahaja, lokasi rumah ini juga strategik dan akan memudahkan urusan harian anda.

Selain itu, persekitarannya juga tenang dan yang paling penting, aspek keselamatan amat diambilberat untuk memastikan keselamatan penduduk.

KITA @ Cybersouth menawarkan kediaman yang selesa untuk anda nikmati dengan harga yang berpatutan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi atau ikuti perkembangan di laman Facebook kami

This is a block of text. Double-click this text to edit it.
X

Menu

Carian

X
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram