Maksud Rumah Townhouse dan Ciri-Ciri

June 12, 2020

Pernahkah anda dengar tentang rumah jenis townhouse namun tidak mengetahui apakah maksudnya?

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan maksud townhouse, ciri-ciri dan fungsinya dengan mudah untuk kefahaman anda.

Apa itu Townhouse?

Townhouse yang juga dikenali sebagai rumah bandar adalah sejenis rumah yang dari luar kelihatan seperti sebuah rumah teres biasa.

Rumah ini biasanya dibina dengan dua tingkat di mana tingkat atas dan bawah mempunyai dua pemilik yang berbeza.

Selain rumah dua tingkat, rumah townhouse juga ada yang empat tingkat di mana setiap rumah dan pemilik mempunyai dua tingkat mereka yang sendiri.

Semakin banyak tingkat sesebuah townhouse itu, semakin kecillah ruang pada setiap tingkat. Sekarang mari kita beralih pula kepada ciri ciri sebuah townhouse.

Ciri-Ciri Townhouse

Setiap rumah mempunyai pintu yang berbeza, jadi tidak akan timbul masalah privasi di antara dua pemilik. Selain itu, kebiasaannya rumah di tingkat atas juga akan disertakan dengan balkoni.

Sesetengah townhouse mewah juga mempunyai lif untuk ke tingkat atas. Ada juga yang menyediakan tangga yang berlainan untuk setiap rumah.

townhouse

Parkir kereta juga biasanya sama seperti parkir rumah teres biasa. Namun ada juga sesetengah kawasan yang menyediakan tempat parking tandem.

Kebiasaannya, jenis rumah townhouse di Malaysia dibina di kawasan berpagar, menjadikan kawasan parkir agak kecil dan terhad bagi setiap pemilik.

Bagi isu hakmilik tanah untuk jenis rumah ini pula, kebiasaannya ia adalah strata title. Ini bermakna ia merupakan harta bersama dan tidak boleh melakukan pengubahsuaian sesuka hati.

Jika masih ingin melakukan kerja pengubahsuaian, adalah lebih baik untuk mendapatkan nasihat daripada pemaju terlebih dahulu.

Dari sudut harga pula, biasanya rumah townhouse adalah lebih murah berbanding rumah teres. Ini menjadikan ia sesuai bagi mereka yang inginkan rumah landed pada harga lebih rendah.

Rumah jenis ini juga sesuai bagi keluarga yang sudah berkahwin tetapi tidak mahu berjauhan dengan ibu bapa mereka. Mereka boleh tinggal di bangunan yang sama tetapi terbahagi.

Dari sudut keselamatan pula, kebanyakan rumah ini adalah berpagar dan berpengawal 24 jam. Ada juga yang disertakan sekali dengan kad akses untuk memudahkan akses kebenaran masuk dan keluar daripada kawasan rumah.

townhouse

Seperti biasa, kemudahan-kemudahan ini bergantung kepada harga dan kawasan rumah tersebut. Sekiranya harga rumah lebih tinggi, maka lebih banyak kemudahan yang diberikan.

Beza Townhouse, Cluster House dan Superlink

Selain daripada ciri ciri townhouse yang diterangkan di atas, terdapat juga istilah seperti cluster house dan superlink yang berkait rapat dengan townhouse.

Cluster house bermaksud ‘kelompok rumah’. Jenis rumah ini akan bersambung sama seperti rumah semi-D.

Perbezaannya ialah semi-D bergabung di antara 2 rumah tetapi cluster house pula apabila 4 rumah digabungkan sekali di mana rumah-rumah ini akan bercantum di bahagian tepi dan belakang.

Ini bermakna rumah jenis ini tidak akan mempunyai lorong di belakang rumah seperti kebiasaan rumah yang lain. Namun setiap rumah akan mempunyai bahagian di tepi seperti end lot.

Mungkin ada yang kurang suka dengan cluster house kerana dianggap kurang privasi memandangkan kawasan tepi dan belakang rumah akan bercantum.

Rumah superlink pula seperti rumah teres tetapi saiznya adalah lebih besar berbanding rumah teres biasa. Rumah teres standard biasanya mempunyai saiz 20′ x 65′.

Manakala bagi superlink, saiznya adalah seluas 34′ x 80′ dan yang paling kecil pun adalah 22′ x 75′. Nama ini juga diberikan atas sebahagian daripada strategi pemasaran untuk menjual rumah.

Diharapkan dengan perkongsian tentang townhouse ini dapat memberikan sedikit sebanyak maklumat tentang ciri-ciri rumah ini. Ia juga dapat membantu anda membuat penilaian tentang rumah yang sesuai untuk anda diami.

Jika anda berminat dengan rumah townhouse dan ingin tinggal di kawasan sekitar Cyberjaya dan Dengkil, anda harus pertimbangkan perumahan KITA Bayu yang terletak di KITA @ Cybersouth, Dengkil.

townhouse

Kawasan perumahan ini dibina oleh LBS Bina yang bukan sahaja pakar dalam membina rumah, tetapi mereka juga pakar dalam membina landskap dan komuniti yang baik.

Moto mereka ialah untuk mewujudkan kawasan yang selesa dan menceriakan untuk rakyat Malaysia dari segi kawasan perumahan, kedai, aset, hospitaliti, dan pelancongan.

Antara projek mereka ialah townhouse KITA Bayu yang terletak di KITA @ Cybersouth, Dengkil, Selangor dengan harga bermula dari RM 409,900.

townhouse

Dengan keluasan 1,346 kaki persegi untuk tingkat bawah dan 1,483 kaki persegi untuk tingkat atas, keluasan tanahnya juga lapang iaitu 22’ X 75’.

Rumah ini mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air. Kawasan perumahan ini juga strategik kerana terletak di Dengkil dan berdekatan dengan Putrajaya dan Cyberjaya.

Ini bermaksud pelbagai kemudahan seperti balai bomba, balai polis, hospital, dan pusat pengangkutan juga mudah didapati dari kedua dua bandar tersebut.

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang townhouse KITA Bayu, sila klik di sini untuk melihat risalah. 

X

Menu

Carian

X
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram