3 Kelebihan Rumah Mampu Milik KITA @ Cybersouth

February 21, 2020

Rumah, bagi kebanyakan orang perlu menjadi ‘ruang’ peribadi selepas seharian bekerja atau berurusan di luar.

Selain menjadi tempat memayungi keluarga, rumah juga adalah tempat yang paling selesa untuk merehatkan fikiran dari segala beban dan aktiviti.

Ada yang beranggapan saiz rumah memberi gambaran kepada keselesaan. Secara nyatanya, tidaklah sedemikian. Keselesaan boleh dicipta sendiri oleh penghuninya dengan pelbagai cara.

Dalam membuat keputusan untuk membeli rumah idaman, ramai di antara kita mengambil kira faktor persekitaran yang selamat, kemudahan yang disediakan, kesesuaian kepada ahli keluarga dan harga yang berpatutan.

Bagi anda yang sedang mencari kediaman selesa untuk seisi keluarga dengan persekitaran yang tenang dan mendamaikan, jawapannya ada di KITA @ Cybersouth.

Dengan harga rumah di antara RM409,900 bagi konsep rumah bandar sehingga RM570,000 untuk rumah teres dua tingkat, semestinya ia harga mampu milik bagi anda.

Tak usah fikir panjang, di bawah kami senaraikan tiga sebab mengapa Kita @ Cybersouth boleh menjadi kediaman sempurna untuk anda sekeluarga.

1. Tanah Rizab Melayu

kita cybersouth

lakaran artis

KITA @ Cybersouth merupakan satu kawasan perbandaran yang dibangunkan di atas tanah rizab Melayu dengan keluasan 633 ekar.

Ia lengkap dengan kawalan keselamatan selain kawasan perumahan sepenuhnya berpagar menjadikan ia amat selamat dan selesa untuk diduduki.

Bagi anda yang mahukan suasana tenang, projek perumahan ini sangat sesuai untuk anda kerana terletak di pinggir bandar.

2. Jalinan Hubungan

Sesuai dengan namanya ‘Kita’ – bertujuan untuk menguatkan semangat kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat di dalam satu suasana yang serba lengkap.

Ruang rekreasinya dilengkapi dengan kemudahan barbeku , berkelah, tapak layang-layang dan perkhemahan untuk mengisi aktiviti di hari minggu.

Ia turut mempunyai gelanggang badminton, futsal, ruang aerobik dan taman terbuka untuk anda melakukan senaman dan aktiviti sosial.

Kemudahan lengkap sebegini  mampu mengeratkan hubungan sesama keluarga dan komuniti di samping dapat melepaskan lelah urusan kerja.

3. Akses

Lokasi Kita @ Cybersouth terletak di koridor selatan Lembah Klang di antara Putrajaya dan Cyberjaya.

Menjadikan ia perantaraan dengan pusat pentadbiran kerajaan, institusi pendidikan, institusi kesihatan, balai polis dan pelbagai lagi, selain mempunyai kemudahan pengangkutan awam yang moden.

Kawasan perumahan ini mudah dicapai menerusi beberapa lebuh raya utama seperti Lebuhraya Putrajaya – Cyberjaya melalui Lebuhraya Elite, Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Utara-Selatan (NKVE) dan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).

Kita @ Cybersouth juga terletak berhampiran dengan beberapa pusat membeli-belah utama seperti D’Pulze, Aeon Big Putrajaya dan Alamanda. 

Dengan ciri-ciri seperti ini, semestinya Kita @ Cybersouth merupakan ‘kediaman impian’ buat anda seisi keluarga.

Berikut merupakan jenis residensi yang mungkin menjadi impian rumah mampu milik anda di Kita @ Cybersouth.

Kita Harmoni

kita harmoni

lakaran artis

Sesuai untuk keluarga besar, rumah ini mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi.

Kita Bayu

kita bayu

lakaran artis

Rumah konsep bandar (townhouse) berkeluasan 1,346 kaki persegi untuk rumah tingkat bawah dan 1,483 kaki persegi bagi rumah di tingkat atas.

Rumah ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air.

Kita Impian

kita impian

 

lakaran artis

Rumah jenis pangsapuri perkhidmatan, sesuai untuk pasangan baru berkahwin.

Kita Impian mempunyai dua jenis rumah, iaitu Jenis A (901 kaki persegi) dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air, manakala Jenis B (551 kaki persegi) mempunyai satu bilik tidur dan satu bilik air.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi atau daftarkan permohonan anda melalui pautan ini.

This is a block of text. Double-click this text to edit it.
X

Menu

Carian

X
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram